Rabu, 27 Mei 2015

Pasar malam Gunung Rapat : nostalgia sosial

Entah kenapa, hari ini terdetik mahu bersinggah ke Pasar Malam Gunung Rapat.
ya, Manjoi adalah tempat kelahiranku, tetapi, Gunung Rapat adalah tempat aku diremajakan.
5 tahun zaman belajarku di sana. Terlalu banyak kenangan di sana.

Pasar malam bagiku adalah satu tempat sosial masyarakat setempat. di sanalah kita ikuti 'trend'2 semasa yang berlaku pantas di bandar2 atau tempat maju. mungkin pada masa kini pasar malam tidaklah menjadi tempat sosial yang diikuti sekarang, kerana semakin berkurang dengan adanya pelbagai pasar raya2 di merata2 tempat, dan lebih mudah untuk ke sana.

Ketika kakiku memijak di laluan masuk pasar malam tersebut, entah kenapa, terasa longlai, lemah lututku, sebak rasa di hati, air mata bagai rasa mahu pecah dan mengalir. terasa ada kenangan yang datang menerpa, indah ia melalui diri yang terkaku sementara di situ. mungkin yang menerpa itulah diriku 10 tahun yang lalu.

10 tahun sudah aku meninggalkan satu suasana yang bermakna ini. tahun akhir aku di tingkatan 5 adalah 2005. selepas itu langsung tidak berkesempatan lagi untuk bersinggah ke sana.

masuk sahaja aku ke laluan pertama, ahh, ada banyak perubahan. gerai2 yang baru. muka2 yang baru. aku hanya tersenyum sambil meneruskan jalanku. hampir di pertengahan laluan satu itu, dari jauh aku ternampak bumbung satu van putih, hatiku berdebar. langkahku perlahan, masih longlai. sampai sahaja di hadapan van itu, lantas aku tersenyum, ahhhhh, benarlah ini van pakcik yang menjual nasi lauk 10 tahun lepas! aku masih cam mukanya! cuma, yang pastinya, mukanya sudah nampak 'usia' yang memamah diri. sungguh aku rasa terharu dan senyuman terasa melekat di muka.

aku teruskan berjalan, sudah hampir ke penhujung laluan itu, aku teringat di selekoh hadapan ini ada satu gerai menjual alatan2 elektronik, yang ketika dulu, di sinilah tempat paling popular bagi kami, bagi budak2 asrama, kerana ketika itu zaman kemuncaknya 'Palito', atau boleh dipanggil sebagai Radio bersaiz kecil, murah, dan hanya perlu menggunakan 2 bateri AA. Budak2 asrama kalau mendengar radio pun sudah menjadi satu hiburan yang besar, apalagi jika dibenarkan menonton televisyen. hehhee.
dan sungguh, lalu sahaja di situ, ahh, gerainya masih ada! terus ketika itu aku terpandang 'tauke'nya! ahhhh, ya, masih dia lagi! aduh, sekali lagi rasa dada diserang rindu zaman remajaku dulu.
tapi, senyumku lebih lebar, mungkin kerana aku terperasan akan rambutnya, amboi, masih hitam legap, dalam hati aku tergelak sendiri, mungkin pakai pewarna rambut agaknya. hihihi.

aduhai, sungguh bertandang ke tempat2 bernostalgia ini, walau hanya 10 tahun aku tinggalkan, sudah terasa akan rindunya zaman remajaku, apakah akan dirasa jika 20-30-40 tahun mendatang? oh, terima kasih Tuhan atas segala nikmat yang telah Engkau berikan ini. Panjang umur pasti kita akan berjumpa lagi, wahai pasar malam yang indah tersemat di hatiku ini. ^__^

~ jika ingin memperkatakan tentang kenangan2 dulu di pasar malam ini, mungkin tidak cukup untuk sebuah post ini, mungkin jika ada masa lain, akan dikongsikan bersama. :P

~Anakmanjoi.

Selasa, 5 Mei 2015

Cakap-cakap orang

Seringkali ramai orang mengatakan "dia ini budak yang baik"
Seringkali juga terpaksa aku mengucap dalam supaya tidak tenggelam di dalam pujian itu,
kerana hanya Allah sahajalah yang menutup segala keaiban ku itu,
andai dibuka-Nya, pasti aku akan malu sehingga tidak layak digelar manusia,
Allahx3.
Semoga sentiasa dibawah lindungan-Nya, dan merubah keburukan diri ini, hanya demi-Mu.
Aku juga mahu berubah.
InsyaAllah.

~Anakmanjoi

Rumahtangga

"kamu bila mahu mendirikan rumahtangga? jika mahu, saya boleh tolong carikan.."
"tak mengapa, InsyaAllah, jika sampai jodoh saya, akan saya maklumkan. Pilihan hati sudah lama ada, hanya masa dan kewangan sahaja tidak mengizinkan..."


"Kawan kita ni dah ramai dah kahwin, kamu bila lagi? Jika tiada calon, boleh kami tolong carikan..."
"Oh, InsyaAllah, buat ketika ini (itu), pilihan hatinya sudah ada, sedang berusaha sahaja, iya lah, kerja tetap tidak ada, kewangan bercelaru, risau pula menjadi bebanan selepas perkahwinan, .."


"Kami ada kenal beberapa calon, mahu kenal?"
"maaf lah, saya sedang berusaha memperbaiki diri, tentang calon pilihan hati, InsyaAllah, jika diizinkan Tuhan, sudah ada dan sedang mencuba.."

...........................


berpuluh soalan pernah ditanya, dicadangkan beberapa nama, namun disebabkan pernah ada pilihan hati, sering saya menolak. memang benar ketika itu pilihan hati sudah ada, ada yang memahami, yang saya ini sukar untuk meluahkan perasaan diri. mungkin untuk menghormati kembali si penanya, hanya khabarkan pilihan hati itu sudah ada. walaupun kini semakin samar pilihan itu dilihat, InsyaAllah, semoga ini jalan kembali untuk membina semangat, mencari cinta Ilahi.
Semoga Allah redhai.

Anakmanjoi. :)
(atau mungkin sahaja saya ini yang ego, harus terus merubah diri, doakan! :) )


Ahad, 26 April 2015

Hei kamu si pemerkosa dunia!

Hei kamu! Si pemerkosa dunia!
Tuhan itu tidak ada tika engkau menyangka-nyangka diri sebagai ahli syurga dunia, sedang kadang Tuhan itu kau perlu cari di jalanan, yang membawa beribu mimpi dan cerita.

Atau engkau sudah tidak lagi menjadi ahli syurga, tetapi dengan kesedaran meninggikan dirimu menjadi Tuhan?

07 Rejab 1436H

Sabtu, 25 April 2015

catatan tidak bertanda

Matahari terbit perlahan di balik gunung itu, gunung yang kulihat bersambung-sambung, membentukkannya bagai tulang belakang manusia. Awan kabus yang terbentuk di bawahnya, membuatkan gunung itu bagaikan terapung di atas awangan, bersama angin sejuk yang melanggar halus ke muka.. tika itu juga, perlahan-lahan cahaya matahari menyinar, membuatkan suasana sekeliling suam, bernafas perlahan, dapat merasakan udara nyaman, segar! sungguh segar! bagaikan tumbuhan berlumba-lumba mengeluarkan oksigennya, demi menyambut kedatangan mentari yang kembali menyinar itu.

Ali, mungkin tubuhnya sedikit gempal, tapi, entah kenapa, dia menggagahkan dirinya untuk mendaki bukit di kawasan rumahnya itu, hanya untuk mencari perspektif baru bagi diri sendiri, katanya.