Rabu, 21 Julai 2010

aku pengukir senyummu

ke mari, ke mari,
biar aku hidangkan santapan buat telingamu,
pemanisnya akan kuletakkan di ukiran senyummu,
aku bercerita bukan atas sebuah keindahan,
tetapi didasari sebuah kedukaan,

aku bernyanyi,
aku menari,
dan aku bersiul,
mereka tertawa, begitu juga aku,

keindahan malam menemaniku di tengah kota,
tidak aku endahkan jutaan cacian mereka,
mereka sering menganggap akulah sampah,
mereka juga menganggap akulah pemusnah,
sedangkan aku berusaha mencari sebuah bekalan,
sebelum mata lena dibuai mimpi yang tidak berkesudahan,

ke mari, ke mari,
biar aku dendangkan,
nyanyian sebuah kehidupan,
buat santapan telinga yang mencari harapan.

~ 21 Julai 2010, 11.11 malam, Gerbang Malam, Ipoh, Perak.

~ Tertarik teman dengan kejadian di Gerbang Malam Ipoh malam ini, berjalan bersama seorang sahabat sambil berbicara kisah-kisah suka dan duka,  di pertengahan jalan, seorang tua berkopiah dan tersemat gagah seruling di tangannya, mendendangkan berbagai lagu dengan lirik yang di'ubah'nya sendiri, menjadikan tawa dan senyuman sentiasa terpahat di bibir semua yang memandang. bagi mata setiap orang, terpaku perkataan 'gila' baginya. Tetapi bagiku, mungkin itulah namanya nafas kehidupan.

~ anakmanjoi

4 ulasan:

  1. salam kembali,
    terima kasih tuan, kerana sudi bersinggah di perkarangan pondok buruk ini. ^___^

    ~ anakmanjoi

    BalasPadam
  2. terima kasih buat cik aina nurjihan. harap dapat sama-sama berkongsi ilmu di sini, Insya-Allah. ^___^

    ~ anakmnajoi

    BalasPadam