Khamis, 27 Mei 2010

aku.masa.dan.aku

andaikata masa itu dapat dilihat, mahukah kita mengejarnya?



~ anakmanjoi 2010 ~

Selasa, 25 Mei 2010

Aduhai Iman....

Aduhai Iman,
jika engkau ingin terbang meninggi ke langit,
bawalah aku bersamamu,
biarlah kita merentasi pelangi itu bersama,
bersorak dan ketawa di dalam adab dan sopannya,
meredah hujan dan badai tatkala awan itu menurunkan hujannya,
aku bahagia tatkala diriku sentiasa bersamamu,

Aduhai Iman,
tetapi jikalau engkau hendak menuruni langit dan melewati bumi itu,
jangan dibiarkan aku bersendiri di atas ini,
aku takut akan termakan oleh mata kail panahan petir-petir di sekelilingku itu,
kerana aku masih bisa untuk termakan segala umpan dan keindahan itu...

Aduhai Iman,
tatkala kamu membawaku bersama ke bawah lurah itu,
janganlah juga dibiarkan aku bersendiri,
akanku sentiasa berdoa kepada-Nya,
agar kita sentiasa bersama,
demi diriku, keluargaku, dan agamaku....

"Ya Allah, wahai Tuhan Kami, hidupkan kami dengan Iman, matikan kami dalam Iman serta masukkkan kami ke dalam syurga bersama-sama Iman."
Amin Ya Allah....

~ Anakmanjoi ~ menuruti rentak pertengahan tahun 2010.