Rabu, 23 Januari 2013

Masa untuk bertenang.

Melangkah saja kakiku ke dalam rumah, berdenyut kuat kepala, mataku merah membuntang.
Terasa denyut urat yang kuat di pergelangan tanganku ini.
Tidak pernah ku terasa akan kemarahan membuak seperti ini.
Ku memohon doa di dalam hati dipertenangkan diri ini,
memohon diri setenang air di tasik tak berusik.

Usai Maghrib, aku menenangkan diri, terus merebahkan diri ke atas katil.
"Aku dah putus asa dengan kerjaku ini,"
terasa diri ini mula ingin mengalirkan air mata.

Selesai Isyak, mendapat panggilan daripada seorang sahabat,
mengajak untuk turut serta bersama mereka di dalam perbincangan.
Perbincangan bersama sahabat-sahabat daripada Kuala Lumpur,
"Ya, aku memerlukan masa untuk bertenang."
Tidak ku sangka, sahabat daripada Kuala Lumpur ini lah yang aku sanjungi dahulu.
Terasa tenang bersama mereka.
Sampai sahaja aku di tempat pertemuan, bersalaman, berpelukan.
Allah. terasa nikmat sebuah persahabatan dan kekeluargaan, biarpun asalnya didasari makna pekerjaan.

membuatkan diriku berfikir sehingga kini,
"Terima kasih Ya Allah, membuatkanku aku tenang kembali,
membuatkan aku kembali mencintai pekerjaanku ini,
tabahkan aku, biarpun kini aku terpaksa berdepan dengan cabaran seorang ketua yang sangat menyakitkan hatiku ini, aku kini kembali percaya. Alhamdulillah."

08-05-12 , Tayangan Perdana Filem "Mantera". 

Semoga kita sentiasa diberkati dan dibawah Rahmat-Nya. InsyaAllah.
Sambil ku doakan kita berjaya di dunia dan di akhirat sana. Amin.

~Anakmanjoi 2013
~Perjalanan mencari Tuhan.

Selasa, 21 Ogos 2012

Selamat Hari Raya IdulFitri 1433H


Bismillahirrahmanirrahim. 
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1433H.
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

Mohon Maaf atas segala kesalahan saya. biarlah kita ber'putih' bersama.
biarlah kita meniti hidup dengan lebih bermakna.
mencari mentari, berpaut pelangi, berwangi kasturi.

Salam tahniah buat semua daripada anakmanjoi.
~ dan maaf juga atas kelewatan ucapan. terpaksa bersibuk bersama keluarga. :)

Selasa, 14 Ogos 2012

Yasmin Ahmad


KER-LER-KER

fondly remembered by Jo-Chan, fellow copywriter.

"Who wants to go to Ker-Ler-Ker?"
(by "ker-ler-ker", Yasmin means KLCC)

And the entire department would troop off to "Ker-Ler-Ker".
To catch a movie. To enjoy a good meal. To observe people.
To menyun (flirt). To laugh.

And when nervous types say, "Eh, I scared la," she'd laugh:

"Eh, just tell them you're with the boss.

"Anyway, good avertising is about life.

"And to write about life, you must have a life."


-------------------------

sedikit kandungan daripada buku "Yasmin how you know?", memoir dan pesanan.
hakcipta pada penerbit, saya sekadar menghebahkan. :)

~ buku ini amat menarik, dan memberi pelbagai inspirasi untuk saya. dan ya, ayat di atas sentiasa terngiang di dalam kepala saya. ^___^

~anakmanjoi

Isnin, 13 Ogos 2012

sebuah kisah.

dia berjalan di atas awan itu.

terawangan.

"oh, kecilnya dunia," semakin lama dia melihat, semakin itu bumi bulat itu berubah, sedikit demi sedikit, membentuk seperti susuk tubuh manusia.
bumi itu menghampirinya, lantas memeluk erat dirinya yang tegak berdiri itu, dicengkam kuat, bagaikan terputus nafasnya seketika.

"Manusia,..." bumi itu menangis teresak.

Ahad, 13 November 2011

mari, biarkan aku bercerita lagi.

ada ketika,
engkau memejamkan mata,
melihat sebuah kegelapan,
dan engkau mengerti,
apa itu makna keseorangan,

ada ketika,
engkau menggenggam tangan,
membiarkan dirimu di bawa angan,
engkau tersedar,
engkau bukanlah badang walau selengan,

lihatkan daun berguguran,
tidaknya jatuh menuju awan,
kembalinya ke bumi bersama berjuta kesedaran,
untuk berbakti pada tanah,
sehingga hilang rupa dan ingatan.

~ anakmanjoi

biarkannya melangkah

biarkan harimau itu melangkah,
satu tapak,
dua tapak,
tiga tapak,

biarkannya melangkah,
empat tapak,
lima tapak,
enam tapak,

kenapa perlu engkau menghentikannya?
sedangkan engkau tidak mengerti perjalanannya itu.

sumber gambar : internet

Khamis, 16 Jun 2011

terbukah diri ini?

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW,keluarga & para sahabatnya,

tersentak diri hari ini, di bibir sering mengatakan Cinta pada-Nya,
tapi hati kadang alpa dan leka daripada-Nya.
Sungguh, walau bagaimana leka diri kita ini, Cinta daripada-Nya tidak pernah kurang,
merindui tangisan kita untuk-Nya.

ku melangkahkan kaki buat ke berpuluh kalinya,
melangkah demi agama,
melangkah demi diri.
semoga dikuatkan diri ini. amin.

~ maaf sudah lama tidak bersinggah, kehidupan agak kacau kini, dibalik senyuman, terhimpun kerja yang menggunung, kisah diri yang tidak pernah sudah.

~ anakmanjoi ~ anak mata tidak pernah menipu, hanya hati yang berdalih dari segalanya. hati dicuba untuk tidak diubah. :')