Sabtu, 24 Januari 2009

hidup kamu dan hidup aku..

dah lama aku tidak mengemas-kini blog ni,... semenjak bermulanya tahun baru 2009, yang membuka tirainya dengan berbagai cerita yang mengejutkan, yang seringkali membuatku terpinga-pinga melihat dunia kita yang hanya sementara ini, ....

serangan mengenai israel di Gaza, dan memboikot barangan 'mereka'... banyaknya pendapat yang keluar dari mulut-mulut manusia ketika ini, yang kebanyakannya dari mereka yang berfikiran 'ke hadapan' kiranya, memikirkan bagaimana ingin merubah segala corak pemikiran manusia untuk berfikir sama seperti mereka. ingin merubah cetusan akal fikiran agar sama bertindak seperti mereka.

Maaf, aku bukannya ingin mencemuh segala pemikiran anda semua. Manusia masih tetap mempunyai cara pemikiran tersendiri, walaupun kadang-kadang mengikuti prinsip mereka-mereka yang lain ( ya, itu juga salah satu cara pemikiran, jangan hanya menyalahkan orang lain. daripada itulah, barulah mereka cuba membina hidup dan prinsip mereka yang tersendiri. jangan membenci mereka yang cuba mengikuti cara orang lain..) tetapi, jangan kita lupa, bahawa antara prinsip dan 'kehidupan', kadang-kala membuatkan kita memilih untuk lebih ke arah cara 'kehidupan'. 

Manusia bukan semuanya berada di dalam zon yang selesa. kenapa kadang-kala, mereka yang di atas seringkali melupakan mereka yang sentiasa di 'bawah'. mereka lupakah bahawa hidup mereka ini selalunya amat payah? 

aku amat membenci mereka mencemuh 'mereka-mereka yang di bawah' ini pabila kadang-kala 'terpaksa' membeli barangan dari hasil tangan manusia laknat di israel. mereka kadang-kala 'bermuka' dengan mereka yang terpaksa ini.... Lupakah mereka bahawa hidup ini ada atas dan bawahnya? ada bezanya hidup di langit dan hidupnya di bumi? 

tapi, Alhamdulillah, aku masih berada di dalam keadaan yang sederhana, yang membolehkan aku berhenti daripada menyokong barangan-barangan dari mereka yang dilaknat ini, (yang aku masih lagi mencuba sebaik-mungkin, jika itu yang boleh aku lakukan untuk membantu,... selain daripada sisipan doa untuk saudara-saudaraku seagamaku ini) , tapi, buka lah pemikiran kita, bukannya semua manusia berada di dalam 'keadaan' yang serupa...

~ hanya luahan hati apabila aku seringkali berbicara bersama-sama rakanku, yang kebanyakannya meng'ambil hati' dari tindak-tanduk sesetengah manusia, ( bukannya semua... aku percaya masih ada yang memerhati dan memahami..) Kita semua mempunyai pendapat sendiri, dan pemikiran tersendiri, dan ini hanyalah pandanganku. Mungkin kerna aku bukannya bermula dengan 'selesa', tapi aku masih cuba mengerti nikmatnya 'pengakhiran'......

~ maaf, dan aku juga bukannya seorang yang warak, cuma aku masih mencuba untuk memperbaiki kehidupanku ini,...

~ anakmanjoi =) 

 

Selasa, 23 Disember 2008

aku.hidupku.

terasa lama aku berada di 'zon selesa' ini,

semenjak aku kluar dari asrama,

dan aku rasa seperti aku semakin manja,

dengan hidup, dengan diri aku,

dengan mereka2 di luar,

perlu berpegang pada hidup aku semula,....

~~~~~

-anak manjoi :: berfikir mengenai diri::

Jumaat, 19 Disember 2008

tari si jebat

tari si jebat,

gah menghadap dunia,

gah menumpas penjajah,

gah membungkus bencana,

tetapi dipanggil pengkhianat,

tika membetuli yang mengadili,

tika memilih mana arah jalanannya,

samada jalan hidup atau matinya.

~~~~~~

sedang melihat aksi-aksi  pertunjukkan silat gayung pusaka ajaran tok jebat... di youtube, wahh, hebat sungguh mereka, bagaimana dengan kita yang selalu menghadap dunia cyber ini?? boleh kita pertahan negara, tika diserang penjajah?? atau lebih mudah, boleh kita pertahan diri sendiri, ketika dicabuli hak asasi sebagai insan di muka bumi ini?? 

Pada mereka yang ada sedikit ilmu mengenai beladiri di dada, Insya-Allah, tidak perlu dirisaukan sangat, kerna mereka akan selalu berwaspada pada sekeliling, tapi, bagi yang tiada??

~ jom berseni beladiri!  terutama untuk wanita.... JOM PERTAHAN DIRI~!!

~ anak manjoi =)

permata.perjalanan.

Di dalam setiap kehidupan manusia,
Pasti akan ada satu permata 
gelap di dalam diri,
Yang mengajar erti ketakutan,
Dan makna keberanian,
Cuma yang membezakan permata bagi 
setiap manusia hanyalah
titisan pengalaman pembentuk permata itu,
Yang menjadikannya gelap atau lebih gelita,

Berani membentuk permata baru,
Atau terus di takuk permata lama itu,
Dihimpit kegelapan, dipermain oleh bayangan,
Atau melangkah kaki membuka arusnya,

Permata gelap itu masih perlu ada dalam diri,
Tanda keberanian kita, penanda waspada dirinya,
Tetapi masih perlu memandang ke hadapan,
Dan menjadikan ia pembakar gerakmu,
Tanpa perlu takut mencalar permata baru itu,

Tika tersedar langkah semakin bermaya,
Semakin menuju kea rah kegelapannya,
Bukalah dan hayatilah permata sebelum itu,
Tanpa perlu takut akan kembali
ke arah belakangmu,
dan memperbaiki gerak geri hidupmu.

~~~~

~ Pertebalkan prinsip hidup, dan arahkan matlamat tanpa tersasar darinya. Hidup penuh dengan lakaran hitam-putih cerita, dan hanya kita dan atas kehendak Yang Maha Esa sahaja boleh mengubahnya. Pertebalkan PRINSIP HIDUPKU,…

~ anak manjoi =)  

Khamis, 11 Disember 2008

mata, telinga dan nafasku..

Mata yang tertutup itu,
Terpadam daripada segala 
khianat dunia,
Terpadam daripada keasyikan
nafsunya,
Terpadamnya dari disinari cahaya,
Yang sering memberi petunjuk
dan kesesatan dunia,

Telinga yang tertutup itu,
Terhindarnya dari cacian-cacian 
manusia,
Terhindarnya dari umpatan-umpatan
mereka,
Terhindarnya dari bunyian-bunyian
syaitan pembingit telinga,
Walaupun kadang-kala dibiarkan
dialun alunan ketenangan jiwa,

Tetapi tika nafasmu ditutupi,
Tersedarlah akan dunia yang sementara,
Tersedarlah akan makna amalan
yang perlu dibawa,
Tersedarlah akan makna kehidupan
yang dikurniakanNya.

~ berfikir2 di awal pagi, di Hospital Besar Ipoh,.... terlihat orang2 tua yang berkeringat untuk meneruskan hidup bersama ubat-ubatan yg dibekalkan. bersama-sama semangat yang tidak pernah padam, untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifahNya di muka bumi ini... =)

Isnin, 8 Disember 2008

ingatan di hati

Terluka sedikit di jarinya,
Mencaci-caci lupakan diri,
Terhantuk sedikit ibu kakinya,
Disumpah seranah tanpa henti,
Diturunkan dugaan untuk dirinya,
Amarahnya bagai tiada harga diri,

Ujian dan dugaan itu ikhlas DariNya,
Mengapa perlu bersedih hati,
Dipilih dari satu di dalam beribu,
Untuk menjadi insan sejati.

~ Lupakah kita akan dosa-dosa semalam, yg hanya ingin di balas tika kita hidup di dunia ini, kerana DisayangiNya tanpa ingin memberi rasa keperitan azab seksaanNya tika di akhirat kelak,… 

~ Takziah pada mereka2 yg mengalami kecelakaan baru2 ni, di dalam awal Disember 2008 nih… cekalkan hati, kuatkan semangat, korang adalah insan terpilih,… berdoa banyak2, ( mmg susah untuk melakukan daripada memperkatakan… sama2 kita berdoa, amin…)

- peringatan untuk diriku,.... yg kadang-kala melupakanMu.. T.T

~ anak manjoi

Ahad, 7 Disember 2008

Aidiladha


~ selamat hari raya kurban/ haji (teringin sgt aku mengerjakan haji nih, doa2kan le ye,...  supaya aku dapat pergi pada usia yg muda lagi nih, semoga dibekalkan kekuatan atas diriku,.. amin)

=)