Sabtu, 30 Mei 2009

aku si pemakai jeans

apa pandangan anda mengenai seluar jeans?

* si pemakai adalah seorang yang selekeh.

* si pemakai adalah seorang yang tidak mempunyai ilmu di dada,

* si pemakai adalah sama tarafnya dengan golongan bawahan.

* si pemakainya juga adalah seorang yang tidak memahami hal-hal agama, jadi, jangan dilayan mereka seperti itu.

* si pemakai adalah seorang yang sosial, tidak sama tarafnya dengan mereka yang berilmu, 'beriman', serta dipandang tinggi di sisi 'orang2 agama'.

* si pemakai sebenarnya adalah dari golongan yang tidak mempunyai wang yang mencukupi, atau dengan kata lainnya, miskin,.....

.........................................

~ kenapa perlu jadi begini pandangan kita?  satu* semua pemakainya sememangnya sebegitu, tetapi tidak semua,... dua* semua pemakainya selalunya tidak menghormati mana2 majlis yang sepatutnya mengikut cara pemakaian yang diberi, tetapi, tidak semuanya begitu,....

~ apa2pun, semuanya terpulang pada diri kita, niat kita, dan apa yang ingin kita 'tunjukkan'.... 

~ anakmanjoi ~ sakit kepala dan seperti kosong di dalam diri.~

Isnin, 25 Mei 2009

.mawar putih.

Sendirian berdiri di lorong kelam,
Memerhati indah kehitaman baying,
Mendongak mencari cahaya,
Simpulan senyuman cuba mengganti muram di muka,

Manusia adalah manusia,
Kuat semangatnya pada hidup,
Dipandang tinggi, diangkat darjatnya,
Jangan dilupa, manusia itu tetap manusia,
Mempunyai diri,
Mempunyai hati,
Tidak kebal pada perasaan dirinya,

Tangisan cuba diganti senyuman,
Kerana takut sekelilingnya gusar,
Sakit dirinya diganti senyuman,
Kerana takut sekelilingnya duka,
Cuba menyerikan kehidupan sekelilingnya,
Untuk dihadiahkan sebuah senyuman ikhlas hatinya,

Itulah cereka si mawar putih,
Cuba untuk indah dipandang rupa nya,
Biarpun warna itu sebenarnya menyakitkan,..

~ manusia bukanlah watak komik yang tidak mempunyai hati, bukanlah watak komik yang sentiasa menang, dan bukanlah watak komik yang tidak terasa kesakitan

~ anakmanjoi =)

Sabtu, 23 Mei 2009

hati


Tika hati membenam bersama jiwa,
Suburnya bagai mekar kuntuman bunga,
Disiram, dilayar bersama keindahan mata,
Mencari di mana letaknya kemudian bersama,

Sinaran mentari cuba meredupkan hari,
Bersama senyuman mencari diri,
Tersedar akan jiwa di dalam hati,…

~ anakmanjoi ~ di mana cahaya?

Selasa, 19 Mei 2009

renungan bersama 02

~ e-mel dari sahabatku, terpinga juga tika aku membacanya,... terasa akan diri aku di dalam 'diri'.. mari kita bersama berkongsi renungan ini,.... 

***

Sgguhnya jika Allah S.W.T mencintai hambaNya maka Dia akn tenggelamkn hambanya itu dalam dugaan dan ujian..barangsiapa yg tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh drpd kasih sayang dan rahmatnya..mana tahu yg diam itu krn zikir kpd Allah,mana tahu yg senyum itu krn sedeqah,mana tahu yg sedih itu krn mengenangkan dosa dan mana tahu yg ceria itu krn bersih hati dan mindanya. Pahit manis dlm memikul tanggungjawab dan amanah Allah ini terkadang memberi jalan untuk mendapat kemanisan yg tiada terhingga..walaupun yg dtg..air mata sering bertandang..."

*************************

 Sesiapa yang mengutamakan akhiratnya, Allah akan memelihara urusannya dan memurahkan hatinya, sehingga dunia dan kemewahannya datang bergolek tanpa dikejar. Dan sesiapa yang mengutamakan dunianya, Allah akan memporak-perandakan urusannya serta ditampakkan kepapaan di hadapan matanya, sedangkan dunia dan kemewahannya tidak akan mendatanginya, melainkan sekadar apa yang ditentukan Tuhan saja" (Riwayat Tarmizi).Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah(bakhil lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan apabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil Al-Ma'arij: 19-21

**************************

 Janganlah Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya.... Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya.... Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya.... Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya.... Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna.......moga kejayaan milik kita bersama

*******

~ tertarik akan entri no 2-3 di atas,... Insya-Allah, aku berkawan untuk berkawan, dan aku juga seorang manusia biasa, moga ditunjukkan jalan olehNya kepada kita sentiasa,.. ~ anakmanjoi =) 


 

Rabu, 22 April 2009

itu.aku.

pengawas sekolah : lagu sekolah,... 1,2,3,...

'Al-Hidayah tempat menimba ilmu,

membentuk peribadi yang sejati, 

ilmu, iman, ihsan diganding sekali,

amal menjadi bukti,...

bagai cahaya terang yang menyinar, menyuluh jalan kehidupan,

memberikan satu pengharapan, umat yang dalam kelesuan,...

maju teruslah hidayah maju, demi generasi mu yang baru,

usaha tanpa kenal pada jemu,

bekerja, berganding, bahu,...'

selepas itu, ucapan 'biasa' daripada guru disiplin, dan kemudiannya diikuti oleh 'ceramah' yang amat 'ringkas' daripada pengetua,... dan tidak terlupa juga sedikit 'nasihat' dari guru2 yang lain,..

20 minit, masa untuk bersedia bagi kami untuk masuk ke dalam kelas, bersiap2 untuk kelas hafazan al-quran selama 1 jam? ( tak ingat,..), dan seperti biasa juga lah, aku 'terpaksa' untuk berdiri di luar kelas, bersama 3 orang lagi rakan2ku,... kenapa? biasa lah, kami ini 'terlalu cerdik' untuk menghafal,... dan sememangnya aku dulu terlalu banyak dan suka bermain sewaktu di dalam pembelajaran,...

di dalam seminggu, akan ada dua masa pelajaran yang sememangnya di tunggu-tunggu aku, iaitu kelas pendidikan seni dan juga sains. pendidikan seni di sekolahku dibuat di dalam bilik kemahiran hidup, kerana kami kekurangan kelas, dan sememangnya sekolah kami hanyalah sekolah swasta yang masih lagi 'baru?'mencuba berdiri di dunia ini. 

di dalam bilik kemahiran hidup, kami suka untuk mengambil segala bahan buangan kayu yang tidak dipakai lagi, dan hasil kreativiti masing2, maka terciptalah senjata2 yang diilhamkan dari permainan 'counter strike',..... kelas seni atau kemahiran hidup? apa perlu dikisahkan, kedu2nya memrlukan kesenian dan kreativiti untuk mencipta,... dan bila diketahui oleh mereka pelajar2 yang 'baik', maka sedikit ter'kantoi' lah kami,.... hanya bebelan dari guru kemahiran hidup, yang bagaikan tidak mahu berhenti percakapannya,.... 

~~~~~~~

Selasa, 7 April 2009

renungan bersama 01

ini bukan entri 'asal' dari aku, cuma mengambil daripada e-mel salah seorang rakanku,... mari kita renungkan bersama,.... apa adanya di dalam Islam yang tidak kita sedari,.. =)

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a. 


2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a. 

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN 

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. 

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. 

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. 

Rahsia 13 

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...... 

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 

5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur. 

6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. 

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!" 

Wassalam. 

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...



Wallahu'alam.

Hamlyn M.D.

~ anakmanjoi ~ Islam itu sememangnya indah,... dan selalunya tidak pernah terfikir kita akan keajaiabnnya,... =)

Isnin, 6 April 2009

Bersama hariku mencari cahaya esok menjelma,..

berfikir secara rambang, dan banyak, selalunya menyeksakan diri dan fikiran. selalu juga aku berfikir, sehingga melemahkan semangat aku untuk mengharungi hidup, dan tika itu juga, perlunya aku bersama membandingkan fikiran sesama mereka yang senang untuk memahami.

dan, ada seseorang yang aku kenali semenjak aku memasuki bangku sekolah ku dahulu, tidak perlu meluahkan kata-kata, hanya berjumpa, dan bersembang dengannya, sememangnya seperti beliau memahami apa yang aku perlukan tika itu. kerna beliau juga, aku seperti terbuka fikiranku untuk dunia, tidak terlalu sempit, dan tidak sepertinya terlalu luas. Beliau juga memperkenalkan aku akan erti 'cita-cita'. Terima kasih guruku, Jasamu akan ku cuba kenang sehingga pada anak cucuku.....

sebenarnya, tika ini, aku seperti mahukan tiada sesiapa untuk suka berkawan denganku. kenapa? supaya tika perginya aku dari dunia ini kelak, tiada sesiapa mengiringi pemergianku dengan tangisan. Tapi, jika aku tiadanya 'persahabatan', apa ertinya aku untuk bergelak tawa di dalam hidup ini? (Ya Tuhanku, tidaknya aku tidak mensyukuri nikmat-Mu ini,,...... Maafkan aku,... aku sememangnya insan yang lemah, Hanya pada-Mu aku memohon segalaNya...) 

~ Mendoakan diri supaya dikembalikan semangat itu, untuk meneruskan hidup yang masih panjang ini, bersama titisan2 air mata seperti yang tergantung pada kelopak mataku hanya kerana aku ini 'lelaki'.

~ anakmanjoi~ maaf semua,... entri ini sepertinya tidak bisa untuk difikirkan bersama,..