Selasa, 28 Julai 2009

nidji - laskar pelangi

Nidji – Laskar Pelangi

mimpi adalah kunci 
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warna bintang di jiwa

reff:
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

laskar pelangi takkan terikat waktu

Ahad, 26 Julai 2009

lilin putih

Kekuningan warnanya menerangi kegelapan,
Dipuncak menara putih itu memakan dirinya sendiri,
Likat membakar sedikit demi sedikit,
Hanya untuk menerangi mata ketakutan di sekelilingnya,
Memberi keberanian untuk mereka berlangkah,
Sedangkan dirinya pedih dimamah apinya sendiri,
Cairan mengalir tepian tidak dihiraukan,
Sehingga terhapus dirinya,
Barulah mata-mata itu mula menangisi kekosongan
yang gelita itu,
Setelah cahaya sedetik itu,
Lenyap bersama sinarannya itu.

…………

Kita tidak sedar, di kalangan kita sebenarnya akan ada manusia yang akan menyembunyikan segala resahnya, segala dukanya, hanya untuk menggembirakan diri orang lain. Biarpun dirinya mengetahui semuanya itu akan memakan semula dirinya, dia tidak kisah, asalkan senyuman terukir di tiap kelilingnya.
Segala dukanya, di tutupi dengan simpulan senyuman yang nipis, cuba untuk menonjolkannya, di samping itu menyembunyikan segala resah di dadanya.

~ anakmanjoi ~ lilin putih =)  

apa ada pada nama


" Ramai yang tidak nampak dalam pemilihan nama, ramai yang ikut sedap kata, keinginan yang berlegar di kepala, sedap telinga mendengar tetapi tidak tahu maksud yang tersirat atau tentang apa akan terjadi jika tersilap memilih nama. Diulangi sekali lagi bahawa setiap kata-kata adalah doa. Begitulah juga seperti kita atau seperti manusia lain sebelum dilahirkan ke dunia, ibu bapa sudah bersiap mencari nama yang cantik, nama yang ada makna, nama yang indah atau maksud yang membawa kebaikan kepada diri kita. Berjilid-jilid buku tentang nama-nama anak dibeli, bertanyakan kepada kawan yang mempunyai selok-belok agama, dan tiada ibu bapa yang sanggup meletakkan nama anak mereka yang tidak baik, menjadi bahan kutukan, atau mempunyai nasib malang.

Jika berhajat mahu anak yang hafal Al-Quran atau bijak menghafal, anak itu dinamakan Hafiz atau jika berhajat anak itu cantik, dinamakan Aishah. Walaupun bila anda sudah besar, sudah ada nama panggilan yang ganas, nama yang manja, nama yang buruk, tetapi nama itu tidak akan berubah semasa nama anda disebut ketika talkin dibaca dan ia tetap nama yang diberi oleh ibu bapa. Betapa pentingnya erti atau maksud di sebalik nama bagi seseorang yang bernama manusia."

........................

kredit penulisan di atas kepada 'Zam Shah Rizal' , ruangan tumbok rusok, majalah ROTTW (Malaysia's Premier Music Magazine), isu 149.

~ gambar -anakmanjoi

..........................

Sabtu, 25 Julai 2009

mewarnai pelangi

Bersama warna pelangi ini,
Aku sentiasa cuba mewarnakannya semula,
Agar indah dilihat tika gembira,
Agar indah dipandang tika duka,
Seperti azam di hati ini,

Mencari di mana hilangnya keamanan ini,
Di dalam gelitanya bumi ini,
Mencari di mana cinta ini,
Di dalam senyapnya diri ini,
Mencari di mana putihnya warna,
Di dalam pekat hitam ini,
Mencari di mana kasih-Nya,
Di dalam sinar mata ini,

Indahnya warna pelangi ini,

Indah dipandang bersama cinta,
Indah dipandang bersama kasih dari-Nya,

Indahnya warna pelangi ini,

Yang hanya dicari tika ini,
Mencari tanpa pandangan hati.

……………

Anakmanjoi =)

Sabtu, 11 Julai 2009

Tinggi si kelapa bali

Teman selalunya mengingatkan diri sendiri bahawa bila kita berada di atas, kita tak akan selamanya di atas. Perlu juga untuk menunduk ke bawah, supaya tidak ditimpa akan keegoan yang seringkali menutupi diri kita ini. Teman selalu juga berpesan pada rakan-rakan dan sahabat handai teman.

Tapi, satu hari itu, teman tersedar yang kadang-kala ego kita itu datang tidak diundang, dan cuba untuk menyaluti diri. 

Hasil kerja teman telah di kritik oleh junior teman, yang mana teman agak memandang tinggi pada bakat yang ada pada dirinya. Entah kenapa ketika itu, teman merasakan yang segala kritikan dia itu seolah-olah ingin melemahkan semangat teman, dan dia juga seolah-olah cuba untuk berbangga dengan hasil kerjanya. Teman cuba juga untuk membidas kritikannya, tetapi apa yang dikatakannya itu sebenarnya betul belaka.

Seharian juga teman memikirkannya, dan akhirnya teman berterima kasih juga kepadanya atas kritikannya yang ikhlas (ikhlas ke? Hehehe..). tidak sedar rupanya ego teman juga seakan-akan menenggelamkan diri teman ni.



~ anakmanjoi ~ teman akan cuba memperbaiki diri ini lagi.. =D 

Khamis, 9 Julai 2009

tiket untuk berlepas

Dalam keselesaan teman menghirup udara yang bebas ini, teman tersedar yang teman sebenarnya belum lagi menongkah ke dunia yang baru itu lagi. Kaki teman masih lagi berpijak di sebuah masa yang bakal diterbangkan di dalam masa yang terdekat nanti.
Sepertimana kata ‘paksu’, ya, teman masih lagi memanaskan enjin kapal terbang ini… dan teman sedang cuba untuk berlepas, yang mana roda pesawat itu masih belum tersimpan lagi. Teman tersedar dari ego yang terlekat di badan pesawat itu, yang tidak dicuci bertahun rasanya, yang mana teman mempercayai teman telahpun melewati udara dan berada di penghujung dunia, yang mana membuatkan teman seperti tidak mempercayai akan masa depan teman. 

Alhamdulillah, teman akan mula untuk bekerja sebagai seorang ‘trainee animator’ pada permulaan bulan ogos ini nanti. Doakan teman untuk cuba berlepas dan melepasi awan biru itu. Terima kasih. =)


~ masih ada banyak hentian untuk membaiki pesawat kita ini, di mana kita tidak sedar perhentian itu yang kadang-kala dikaburi oleh kabus-kabus yang menutupi pandangan mata ini, dan Insya-Allah, selagi kita berpegang akan pegangan kita, kabus-kabus itu tidak akan terlawan dengan pandangan dan pegangan diri kita ini.
~anakmanjoi =)

Sabtu, 27 Jun 2009

mati itu pertunangan yang pasti~

~'mati itu pertunangan yang pasti~ maaf, ini bukan ayat dari teman sendiri, diilhamkan dari 'pak teh ramli' dari buku seni beladiri,.... terima kasih =)

~ renungan~

TANDA 40 HARI

Tanda akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah
bijak
forward this buletin...may ALLAH SWT
bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita


.............................

~ renungan yang teman terima dari kawan internet teman,.. terima kasih sahabat,... mari kita bersama2 mengingati sesama kita,...

~ anakmanjoi =) * hati yang sirna itu, cuba untuk disuluh kembali, biarpun oleh pelita lilin sendiri.*