Ahad, 30 Ogos 2009

Merdeka, Merdeka, Merdeka ~2009

‘Merdeka, Merdeka, Merdeka’
Di dalam kesedaran kita yang nipis ini, Negara Malaysia telahpun menyambut hari Kemerdekaan yang ke-52. Bebas dari penjajahan yang zahir. 

Teman sebenarnya tak mahu untuk menulis panjang mengenai ‘apa itu maksud kemerdekaan’, ‘penghayatan kemerdekaan’ dan semua itu, kerna teman tahu, yang kebanyakan kita semua ini telahpun membaca semua artikel-artikel seperti ini di akhbar-akhbar, yang mana setiap tahunnya akan mengeluarkan info-info mengenai kemerdekaan Negara Malaysia. :)

Teman sebenarnya tertarik dengan iklan Petronas yang ditayangkan semula di kaca Televisyen tahun ini, mengenai ‘apa itu maksud bantu’ – seorang anak yang cacat dari kecil, dan hidupnya bergantung pada ‘kaki bantuan’, sehinggalah umurnya dan kakinya itu memamah usia saban tahun. Semuanya mereka berkongsi bersama.
Tetapi, apa yang betul-betul menarik perhatian teman ialah, apa yang diperkatakan pada akhir iklan ini, “ Jalan mesti ke depan, bukan ke belakang,”. Perkataan ini juga sering diucapkan oleh cikgu teman satu ketika dahulu, paksu(afaa), yang mana sering beliau menerangkan apa yang perlu kita fahami apa yang sebenarnya iklan ini mahu sampaikan. Alhamdulillah, teman sudah sedikit memahami apa yang ingin disampaikan setelah memijak bumi luar ini, dan juga bersama usia yang kian meningkat. 

Di sini, ada teman sertakan sekali iklan itu yang teman cari di Youtube.com, sama-sama kita menghayati Kemerdekaan yang ke-52 ini, dan juga Selamat Berpuasa buat semua muslim di seluruh dunia.






~ anakmanjoi, Selamat Hari Lahir juga buat anak saudara teman, Ahmad Arif Azamuddin bin Anuar, yang menyambut hari lahirnya pada 31 Ogos. Semoga memahami akan ertinya dunia di masa mendatang. Salam Kemerdekaan. :)

Rabu, 26 Ogos 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Bismillahirrahmanirrahim, teman memulakan bicara dengan satu lafaz yang cukup agung di dunia ni di dalam Bulan yang amat mulia ini.
Teman ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak buat semua rakan-rakan teman yang membaca ruangan teman ini. Terima kasih bagi semua yang sentiasa menyokong teman selama ini.

Ucapan ini khas buat rakan blogger teman iaitu, paksu, ibnali, cieri, dina dan rakan-rakan yang lain. Selamat menjalani ibadah puasa dengan hati yang ikhlas, amin. 

~ buat ibnali a.k.a Q – anta nak pegi mesir tuh nanti, jangan pula buat2 lupa orang disini ye, hehehehe,,….. Insya-Allah, kami doakan yang terbaik buat anta, dan kalau nak kahwin nanti, hantar kad pada kami ye, oh ye,  kawin kat Malaysia je la ye, walaupun kat sana nanti memang murah.. (heheh) :)

~ anakmanjoi (dah lama tak pakai ayat ganti ‘ana’, ‘anta/anti’.. :) ) 

Selasa, 28 Julai 2009

nidji - laskar pelangi

Nidji – Laskar Pelangi

mimpi adalah kunci 
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya

laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warna bintang di jiwa

reff:
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

laskar pelangi takkan terikat waktu

Ahad, 26 Julai 2009

lilin putih

Kekuningan warnanya menerangi kegelapan,
Dipuncak menara putih itu memakan dirinya sendiri,
Likat membakar sedikit demi sedikit,
Hanya untuk menerangi mata ketakutan di sekelilingnya,
Memberi keberanian untuk mereka berlangkah,
Sedangkan dirinya pedih dimamah apinya sendiri,
Cairan mengalir tepian tidak dihiraukan,
Sehingga terhapus dirinya,
Barulah mata-mata itu mula menangisi kekosongan
yang gelita itu,
Setelah cahaya sedetik itu,
Lenyap bersama sinarannya itu.

…………

Kita tidak sedar, di kalangan kita sebenarnya akan ada manusia yang akan menyembunyikan segala resahnya, segala dukanya, hanya untuk menggembirakan diri orang lain. Biarpun dirinya mengetahui semuanya itu akan memakan semula dirinya, dia tidak kisah, asalkan senyuman terukir di tiap kelilingnya.
Segala dukanya, di tutupi dengan simpulan senyuman yang nipis, cuba untuk menonjolkannya, di samping itu menyembunyikan segala resah di dadanya.

~ anakmanjoi ~ lilin putih =)  

apa ada pada nama


" Ramai yang tidak nampak dalam pemilihan nama, ramai yang ikut sedap kata, keinginan yang berlegar di kepala, sedap telinga mendengar tetapi tidak tahu maksud yang tersirat atau tentang apa akan terjadi jika tersilap memilih nama. Diulangi sekali lagi bahawa setiap kata-kata adalah doa. Begitulah juga seperti kita atau seperti manusia lain sebelum dilahirkan ke dunia, ibu bapa sudah bersiap mencari nama yang cantik, nama yang ada makna, nama yang indah atau maksud yang membawa kebaikan kepada diri kita. Berjilid-jilid buku tentang nama-nama anak dibeli, bertanyakan kepada kawan yang mempunyai selok-belok agama, dan tiada ibu bapa yang sanggup meletakkan nama anak mereka yang tidak baik, menjadi bahan kutukan, atau mempunyai nasib malang.

Jika berhajat mahu anak yang hafal Al-Quran atau bijak menghafal, anak itu dinamakan Hafiz atau jika berhajat anak itu cantik, dinamakan Aishah. Walaupun bila anda sudah besar, sudah ada nama panggilan yang ganas, nama yang manja, nama yang buruk, tetapi nama itu tidak akan berubah semasa nama anda disebut ketika talkin dibaca dan ia tetap nama yang diberi oleh ibu bapa. Betapa pentingnya erti atau maksud di sebalik nama bagi seseorang yang bernama manusia."

........................

kredit penulisan di atas kepada 'Zam Shah Rizal' , ruangan tumbok rusok, majalah ROTTW (Malaysia's Premier Music Magazine), isu 149.

~ gambar -anakmanjoi

..........................

Sabtu, 25 Julai 2009

mewarnai pelangi

Bersama warna pelangi ini,
Aku sentiasa cuba mewarnakannya semula,
Agar indah dilihat tika gembira,
Agar indah dipandang tika duka,
Seperti azam di hati ini,

Mencari di mana hilangnya keamanan ini,
Di dalam gelitanya bumi ini,
Mencari di mana cinta ini,
Di dalam senyapnya diri ini,
Mencari di mana putihnya warna,
Di dalam pekat hitam ini,
Mencari di mana kasih-Nya,
Di dalam sinar mata ini,

Indahnya warna pelangi ini,

Indah dipandang bersama cinta,
Indah dipandang bersama kasih dari-Nya,

Indahnya warna pelangi ini,

Yang hanya dicari tika ini,
Mencari tanpa pandangan hati.

……………

Anakmanjoi =)

Sabtu, 11 Julai 2009

Tinggi si kelapa bali

Teman selalunya mengingatkan diri sendiri bahawa bila kita berada di atas, kita tak akan selamanya di atas. Perlu juga untuk menunduk ke bawah, supaya tidak ditimpa akan keegoan yang seringkali menutupi diri kita ini. Teman selalu juga berpesan pada rakan-rakan dan sahabat handai teman.

Tapi, satu hari itu, teman tersedar yang kadang-kala ego kita itu datang tidak diundang, dan cuba untuk menyaluti diri. 

Hasil kerja teman telah di kritik oleh junior teman, yang mana teman agak memandang tinggi pada bakat yang ada pada dirinya. Entah kenapa ketika itu, teman merasakan yang segala kritikan dia itu seolah-olah ingin melemahkan semangat teman, dan dia juga seolah-olah cuba untuk berbangga dengan hasil kerjanya. Teman cuba juga untuk membidas kritikannya, tetapi apa yang dikatakannya itu sebenarnya betul belaka.

Seharian juga teman memikirkannya, dan akhirnya teman berterima kasih juga kepadanya atas kritikannya yang ikhlas (ikhlas ke? Hehehe..). tidak sedar rupanya ego teman juga seakan-akan menenggelamkan diri teman ni.



~ anakmanjoi ~ teman akan cuba memperbaiki diri ini lagi.. =D