Selasa, 20 Ogos 2013

Kedai 'atas talian'

http://www.stormreaders.net/huzaifah
Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW,keluarga & para sahabatnya,

Menjemput sahabat-sahabat yang mengenali daripada blog Anakmanjoi untuk berkunjung ke ruangan stormreaders saya.
Jualan dijalankan secara atas talian, pembayaran juga secara atas talian, tempahan akan dihantar melalui pos/kurier. InsyaAllah, hanya dengan Izin-Nya, pembelian akan berjalan dengan lancar.

http://www.stormreaders.net/huzaifah

Terima kasih buat semua sahabat yang tak putus mengunjungi blog ini.
~ anakmanjoi, 14 Syawal 1434H.

Isnin, 12 Ogos 2013

Hidup penuh risiko


Hidup ini penuh dengan risiko,
sering aku memperingatkan diriku mengenai perkara itu.
"Jangan takut, untuk maju kehadapan,
engkau perlu berani be'risiko'.
tetapi, jangan melangkah tanpa berilmu,
itu namanya engkau menjunamkan dirimu masuk ke lohong gelap,
yang mana engkau hanya akan dimamah kegelapan,
kegelapan abadi hanya untuk mereka yang tertipu,
persiapkan tali untuk kamu kembali,
itulah 'ilmu' yang patut kau pelajari,
dan ketika itu, risiko itu kau hadapi dengan berani"

Tatkala aku sentiasa meragui diri,
Tuhan memberi aku peluang berdiri,

Hidupkan dirimu,
jangan hanya kau pandai berbicara,
hadapinya dengan kepercayaan mu kepada-Nya,
Dia tak pernah lupa,
Dia mengingatkanmu mengenai kata-katamu,
inilah peluangnya,

mari berjuang.
dan berterima kasihlah pada Tuhanmu,
yang membuka segala peluang buatmu....

~ anakmanjoi, 05 Syawal 1434H.

Selasa, 6 Ogos 2013

Kembali.

Engkau kini kembali berlandasan,
Berlapikkan bumi, kembali untuk menghirup udara abadi,
Selamat pulang angkasawanku,
Semoga engkau tabah menghadapi realiti,
Dunia ini tidak pernah mudah,
tidak pernah!.
Namun, jangan engkau mudah lupa,
dibalik kehidupanmu itu adanya Pencipta Agung itu,
perhatikan segala kemungkinan yang mungkin berlaku,
perhatikan dirimu yang semakin meningkat dewasa itu,
apakah engaku lupa semua itu adalah sebuah Nikmat dari Tuhan-Mu,
Tuhan-Mu langsung tidak pernah melupakanmu,
manakan mungkin untuk engkau terus kehadapan,
tanpa mensyukuri segala nikmat itu.

Selamat kembali duhai angkasawanku.
Dunia sentiasa menanti kepulanganmu.



~Anakmanjoi, 29 Ramadhan 1434H.

Ahad, 4 Ogos 2013

Roda.

"Hidup ini bagaikan roda, adakala kita di atas, adakala kita di bawah. Kita semua serupa sahaja sebenarnya. Bersabarlah..."

"Biarpun hidup ini beroda, engkau dan aku di jalan yang berlainan. Engkau mungkin di jalan berumput, tetapi aku pula mungkin di jalan berlopak dan berbatu, mana mungkin kita ini sama! Manakan mungkin engkau merasakan kepedihan dan tangisan aku berputar di jalan sebegini!"

"Ya, aku akui perkara sebegitu. Tetapi, jangan dilupa, tak jauh bezanya tempat kita ini berputar. Bukankah kita berputar di bumi yang sama. Tidak mungkin engkau dan aku di dunia yang berbeza. Sambil kita berputar, kita juga hidup di bawah Tuhan yang Satu itu. Jangan pernah melupakan-Nya."

~ anakmanjoi

Rabu, 23 Januari 2013

Masa untuk bertenang.

Melangkah saja kakiku ke dalam rumah, berdenyut kuat kepala, mataku merah membuntang.
Terasa denyut urat yang kuat di pergelangan tanganku ini.
Tidak pernah ku terasa akan kemarahan membuak seperti ini.
Ku memohon doa di dalam hati dipertenangkan diri ini,
memohon diri setenang air di tasik tak berusik.

Usai Maghrib, aku menenangkan diri, terus merebahkan diri ke atas katil.
"Aku dah putus asa dengan kerjaku ini,"
terasa diri ini mula ingin mengalirkan air mata.

Selesai Isyak, mendapat panggilan daripada seorang sahabat,
mengajak untuk turut serta bersama mereka di dalam perbincangan.
Perbincangan bersama sahabat-sahabat daripada Kuala Lumpur,
"Ya, aku memerlukan masa untuk bertenang."
Tidak ku sangka, sahabat daripada Kuala Lumpur ini lah yang aku sanjungi dahulu.
Terasa tenang bersama mereka.
Sampai sahaja aku di tempat pertemuan, bersalaman, berpelukan.
Allah. terasa nikmat sebuah persahabatan dan kekeluargaan, biarpun asalnya didasari makna pekerjaan.

membuatkan diriku berfikir sehingga kini,
"Terima kasih Ya Allah, membuatkanku aku tenang kembali,
membuatkan aku kembali mencintai pekerjaanku ini,
tabahkan aku, biarpun kini aku terpaksa berdepan dengan cabaran seorang ketua yang sangat menyakitkan hatiku ini, aku kini kembali percaya. Alhamdulillah."

08-05-12 , Tayangan Perdana Filem "Mantera". 

Semoga kita sentiasa diberkati dan dibawah Rahmat-Nya. InsyaAllah.
Sambil ku doakan kita berjaya di dunia dan di akhirat sana. Amin.

~Anakmanjoi 2013
~Perjalanan mencari Tuhan.

Selasa, 21 Ogos 2012

Selamat Hari Raya IdulFitri 1433H


Bismillahirrahmanirrahim. 
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1433H.
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

Mohon Maaf atas segala kesalahan saya. biarlah kita ber'putih' bersama.
biarlah kita meniti hidup dengan lebih bermakna.
mencari mentari, berpaut pelangi, berwangi kasturi.

Salam tahniah buat semua daripada anakmanjoi.
~ dan maaf juga atas kelewatan ucapan. terpaksa bersibuk bersama keluarga. :)

Selasa, 14 Ogos 2012

Yasmin Ahmad


KER-LER-KER

fondly remembered by Jo-Chan, fellow copywriter.

"Who wants to go to Ker-Ler-Ker?"
(by "ker-ler-ker", Yasmin means KLCC)

And the entire department would troop off to "Ker-Ler-Ker".
To catch a movie. To enjoy a good meal. To observe people.
To menyun (flirt). To laugh.

And when nervous types say, "Eh, I scared la," she'd laugh:

"Eh, just tell them you're with the boss.

"Anyway, good avertising is about life.

"And to write about life, you must have a life."


-------------------------

sedikit kandungan daripada buku "Yasmin how you know?", memoir dan pesanan.
hakcipta pada penerbit, saya sekadar menghebahkan. :)

~ buku ini amat menarik, dan memberi pelbagai inspirasi untuk saya. dan ya, ayat di atas sentiasa terngiang di dalam kepala saya. ^___^

~anakmanjoi