Rabu, 30 Oktober 2013

Berniagalah sekalipun kamu telah kaya.

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW,keluarga & para sahabatnya,

"Berniagalah sekalipun kamu telah kaya' petikan kata Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna.


Tertarik saya dengan petikan kata ini. 

Ada benarnya kata-kata ini.
Tikamana saya cuba melalui kehidupan untuk mula berniaga.
Kata-kata ini bukan untuk mereka yang kaya sahaja, malah untuk semua yang mahu mendekati dan merindukan Tuhannya. 
Inilah juga diantara jalan-jalan untuk kamu memahami makna dan kata-kata Tuhanmu.

Jika kamu mahu mengenali Tuhanmu, berniagalah.

Jika kamu mahu mempercayai kata-kata Tuhanmu, berniagalah.
Jika kamu mahu mendekati Tuhanmu, maka berniagalah.

Dari situ, dengan Izin dari-Nya jugalah, engkau akan mengerti akan kata-kata Tuhanmu.

Engkau akan mempercayai segala janji-Nya itu.
Maka, berniagalah.
Berniagalah mengikut kehendak agamamu.

~anakmanjoi, 25 Zulhijjah 1434H.


Rabu, 18 September 2013

Biarkan Dunia itu bertari.

Dunia turut menari bersamamu,
Burung berkicau menyanyikan langkahmu,
Setiap senyuman membawa berjuta pengharapan,
menanti dirimu di sebuah pengakhiran.

Di setiap langkahmu,
berputik bunga mekar berkembang,
menari bersama warna-warna kehidupan,
menanti mimpi yang tak berkesudahan.

mimpimu menyinari hidupmu,
bunga juga berkembang seiring tawamu,
tiupan angin berbahasa elok terkenang masa lalu,
membiarkan hari berlalu setenang hatimu.

~anakmanjoi, 13 Zulkaedah 1434H

Rabu, 11 September 2013

Doa buat sahabat-sahabatku.

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW,keluarga & para sahabatnya,

Hari ini terdengar lagi berita pecah masuk/kecurian beberapa sahabat saya di facebook. Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita.
Sama juga beberapa minggu yang lalu, penuh berita kemalangan dan kematian di dinding catatan facebook saya.

Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Semoga dengan apa yang Kau timpakan ini sebagai sebuah ujian buat kami tempuhi, untuk lebih mendekati Mu, Ya Allah. Kau gantikanlah dengan perkara-perkara yang lebih baik dan bermanfaat buat kami, terutamanya buat sahabat-sahabatku yang kini ditimpa kecelakaan, semoga dengan segala musibah ini dijadikan sebagai Iktibar dan pengampunan dosa-dosa kami, oleh Mu, yang Maha Mengampuni lagi Mengasihi.
Segalanya yang berlaku adalah hanya dengan Izin dari-Mu.

~anakmanjoi. 06 Zulkaedah 1434H

Selasa, 10 September 2013

Untuk apa meninggi diri?

Untuk apa kau meninggi diri?,
sedangkan jika Tuhanmu memberimu sesaat,
sesaat mungkin,
buatmu untuk mengurus tubuhmu,
daripada perjalanan darahmu,
pernafasanmu,
sehingga untuk kau berdiri di atas kaki sendiri,
mampukah dikau?

Untuk apa kau meninggi diri?
sedangkan sebegitulah hinanya kita jika
tanpa kekuasaan Tuhan yang Maha Esa.

"Wahai Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dengan rahmat-Mu aku menagih bantuan. Engkau perbaikilah untukku segala urusanku. Dan janganlah sekali-kali Engkau serahkan diriku kepada diriku walaupun sekelip mata."
(Riwayat al-Nasa'i dan Ibn Majah)

~anakmanjoi, 05 Zulkaedah 1434H

Khamis, 5 September 2013

Mata.

Kita sering melihat sehingga membutakan mata kita,
sampai bila?

Penglihatan sebuah kurnia,
yang tak pernah tercapai di akal kita,
bagaimana untuk mencipta,
sehebat ciptaan-Nya.

~ anakmanjoi, 30 Syawal 1434H.

Selasa, 20 Ogos 2013

Kedai 'atas talian'

http://www.stormreaders.net/huzaifah
Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW,keluarga & para sahabatnya,

Menjemput sahabat-sahabat yang mengenali daripada blog Anakmanjoi untuk berkunjung ke ruangan stormreaders saya.
Jualan dijalankan secara atas talian, pembayaran juga secara atas talian, tempahan akan dihantar melalui pos/kurier. InsyaAllah, hanya dengan Izin-Nya, pembelian akan berjalan dengan lancar.

http://www.stormreaders.net/huzaifah

Terima kasih buat semua sahabat yang tak putus mengunjungi blog ini.
~ anakmanjoi, 14 Syawal 1434H.

Isnin, 12 Ogos 2013

Hidup penuh risiko


Hidup ini penuh dengan risiko,
sering aku memperingatkan diriku mengenai perkara itu.
"Jangan takut, untuk maju kehadapan,
engkau perlu berani be'risiko'.
tetapi, jangan melangkah tanpa berilmu,
itu namanya engkau menjunamkan dirimu masuk ke lohong gelap,
yang mana engkau hanya akan dimamah kegelapan,
kegelapan abadi hanya untuk mereka yang tertipu,
persiapkan tali untuk kamu kembali,
itulah 'ilmu' yang patut kau pelajari,
dan ketika itu, risiko itu kau hadapi dengan berani"

Tatkala aku sentiasa meragui diri,
Tuhan memberi aku peluang berdiri,

Hidupkan dirimu,
jangan hanya kau pandai berbicara,
hadapinya dengan kepercayaan mu kepada-Nya,
Dia tak pernah lupa,
Dia mengingatkanmu mengenai kata-katamu,
inilah peluangnya,

mari berjuang.
dan berterima kasihlah pada Tuhanmu,
yang membuka segala peluang buatmu....

~ anakmanjoi, 05 Syawal 1434H.