Jumaat, 31 Januari 2014

Emas diriku.

Maaf aku tak bisa menulis,
seindah bahasa sang pencinta,
yang mekar pada penanya wangian,
yang indah menjadi hiduan seisi alam.

Aku seorang pejalan,
yang berjalan merentasi dunia,
berbekalkan bagasi kosong,
yang hanya indah pada kulitnya.

Indah mungkin,
hanya dilihat oleh sang pemerkosa dunia,
yang tidak pernah puas akan apa yang ada
dalam genggamannnya,
sehinggakan aku yang berdiri
dengan saki baki nafas ini juga,
bakal diragut dengan buasnya,
membiarkan aku hanya mampu berserah,
untuk kembali pada yang esa.

Sampai satu masa,
mungkin aku ini hanya tahu mengeluh,
sehingga terlupa,
bagasi inilah sebenarnya emas bagi diriku,

yang pernah bersamaku kecewa di alam cinta,
yang pernah bersamaku kecewa di alam fana,
yang pernah bersamaku gembira di alam sementara,

bagasi inilah emas bagiku.
yang aku buta melihat indahnya emas di genggaman orang,
sehingga aku lupa, emas ku inilah yang digilai oleh mereka-mereka,
sang pemerkosa dunia...

~ anakmanjoi, 1 R'Akhir 1435H

Jumaat, 24 Januari 2014

Pada-Mu ya Allah.



tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku, ku jadikan rayuan daripada ku sebagai jalan mengharap keampunanMu..



Jumaat, 22 November 2013

Yusufcolors "Ideas through Design"

Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabatnya.

Alhamdulillah.
kaki ini mula melangkah, setapak demi setapak.
Semua ini hanya berlaku dengan Izin-Nya.
Segala kesyukuran dan kepujian adalah buat-Nya.

Yusufcolors.

Sebuah nama,
Sebuah jenama,
Bermatlamatkan yang Satu itu.

Kami menawarkan perkhidmatan Reka Bentuk Grafik.
Memartabatkan Idea kepada seni reka Grafik.
Kerana Grafik itu sendiri adalah bicaranya sesebuah Idea.

Apa-apa yang berkaitan dengan dunia grafik, samada daripada komputer hingga kepada tradisional.
Fotografi kepada dunia Videografi.
Daripada Majlis Perkahwinan sehingga Majlis Rasmi.
Doakan kami agar sentiasa menuruti langkah dan jalan yang lurus itu. InsyaAllah.

Terima kasih atas doa-doa sahabat sekalian.
Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian, samada di dunia mahupun di akhirat kelak, InsyaAllah.

Dijemput ke teratak kami di pautan berikut. :)
www.facebook.com/yusufcolors

segala pertanyaan juga boleh dikirimkan di :
yusuf.color@gmail.com

Terima kasih. :)

~ anakmanjoi, 19 Muharram 1435H.

Rabu, 30 Oktober 2013

Berniagalah sekalipun kamu telah kaya.

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW,keluarga & para sahabatnya,

"Berniagalah sekalipun kamu telah kaya' petikan kata Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna.


Tertarik saya dengan petikan kata ini. 

Ada benarnya kata-kata ini.
Tikamana saya cuba melalui kehidupan untuk mula berniaga.
Kata-kata ini bukan untuk mereka yang kaya sahaja, malah untuk semua yang mahu mendekati dan merindukan Tuhannya. 
Inilah juga diantara jalan-jalan untuk kamu memahami makna dan kata-kata Tuhanmu.

Jika kamu mahu mengenali Tuhanmu, berniagalah.

Jika kamu mahu mempercayai kata-kata Tuhanmu, berniagalah.
Jika kamu mahu mendekati Tuhanmu, maka berniagalah.

Dari situ, dengan Izin dari-Nya jugalah, engkau akan mengerti akan kata-kata Tuhanmu.

Engkau akan mempercayai segala janji-Nya itu.
Maka, berniagalah.
Berniagalah mengikut kehendak agamamu.

~anakmanjoi, 25 Zulhijjah 1434H.


Rabu, 18 September 2013

Biarkan Dunia itu bertari.

Dunia turut menari bersamamu,
Burung berkicau menyanyikan langkahmu,
Setiap senyuman membawa berjuta pengharapan,
menanti dirimu di sebuah pengakhiran.

Di setiap langkahmu,
berputik bunga mekar berkembang,
menari bersama warna-warna kehidupan,
menanti mimpi yang tak berkesudahan.

mimpimu menyinari hidupmu,
bunga juga berkembang seiring tawamu,
tiupan angin berbahasa elok terkenang masa lalu,
membiarkan hari berlalu setenang hatimu.

~anakmanjoi, 13 Zulkaedah 1434H