Ahad, 26 April 2015

Hei kamu si pemerkosa dunia!

Hei kamu! Si pemerkosa dunia!
Tuhan itu tidak ada tika engkau menyangka-nyangka diri sebagai ahli syurga dunia, sedang kadang Tuhan itu kau perlu cari di jalanan, yang membawa beribu mimpi dan cerita.

Atau engkau sudah tidak lagi menjadi ahli syurga, tetapi dengan kesedaran meninggikan dirimu menjadi Tuhan?

07 Rejab 1436H

Sabtu, 25 April 2015

catatan tidak bertanda

Matahari terbit perlahan di balik gunung itu, gunung yang kulihat bersambung-sambung, membentukkannya bagai tulang belakang manusia. Awan kabus yang terbentuk di bawahnya, membuatkan gunung itu bagaikan terapung di atas awangan, bersama angin sejuk yang melanggar halus ke muka.. tika itu juga, perlahan-lahan cahaya matahari menyinar, membuatkan suasana sekeliling suam, bernafas perlahan, dapat merasakan udara nyaman, segar! sungguh segar! bagaikan tumbuhan berlumba-lumba mengeluarkan oksigennya, demi menyambut kedatangan mentari yang kembali menyinar itu.

Ali, mungkin tubuhnya sedikit gempal, tapi, entah kenapa, dia menggagahkan dirinya untuk mendaki bukit di kawasan rumahnya itu, hanya untuk mencari perspektif baru bagi diri sendiri, katanya. 

Jumaat, 31 Januari 2014

Emas diriku.

Maaf aku tak bisa menulis,
seindah bahasa sang pencinta,
yang mekar pada penanya wangian,
yang indah menjadi hiduan seisi alam.

Aku seorang pejalan,
yang berjalan merentasi dunia,
berbekalkan bagasi kosong,
yang hanya indah pada kulitnya.

Indah mungkin,
hanya dilihat oleh sang pemerkosa dunia,
yang tidak pernah puas akan apa yang ada
dalam genggamannnya,
sehinggakan aku yang berdiri
dengan saki baki nafas ini juga,
bakal diragut dengan buasnya,
membiarkan aku hanya mampu berserah,
untuk kembali pada yang esa.

Sampai satu masa,
mungkin aku ini hanya tahu mengeluh,
sehingga terlupa,
bagasi inilah sebenarnya emas bagi diriku,

yang pernah bersamaku kecewa di alam cinta,
yang pernah bersamaku kecewa di alam fana,
yang pernah bersamaku gembira di alam sementara,

bagasi inilah emas bagiku.
yang aku buta melihat indahnya emas di genggaman orang,
sehingga aku lupa, emas ku inilah yang digilai oleh mereka-mereka,
sang pemerkosa dunia...

~ anakmanjoi, 1 R'Akhir 1435H

Jumaat, 24 Januari 2014

Pada-Mu ya Allah.



tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku, ku jadikan rayuan daripada ku sebagai jalan mengharap keampunanMu..



Jumaat, 22 November 2013

Yusufcolors "Ideas through Design"

Bismillahirrahmanirrahim.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabatnya.

Alhamdulillah.
kaki ini mula melangkah, setapak demi setapak.
Semua ini hanya berlaku dengan Izin-Nya.
Segala kesyukuran dan kepujian adalah buat-Nya.

Yusufcolors.

Sebuah nama,
Sebuah jenama,
Bermatlamatkan yang Satu itu.

Kami menawarkan perkhidmatan Reka Bentuk Grafik.
Memartabatkan Idea kepada seni reka Grafik.
Kerana Grafik itu sendiri adalah bicaranya sesebuah Idea.

Apa-apa yang berkaitan dengan dunia grafik, samada daripada komputer hingga kepada tradisional.
Fotografi kepada dunia Videografi.
Daripada Majlis Perkahwinan sehingga Majlis Rasmi.
Doakan kami agar sentiasa menuruti langkah dan jalan yang lurus itu. InsyaAllah.

Terima kasih atas doa-doa sahabat sekalian.
Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian, samada di dunia mahupun di akhirat kelak, InsyaAllah.

Dijemput ke teratak kami di pautan berikut. :)
www.facebook.com/yusufcolors

segala pertanyaan juga boleh dikirimkan di :
yusuf.color@gmail.com

Terima kasih. :)

~ anakmanjoi, 19 Muharram 1435H.