Ahad, 21 Jun 2009

itu.aku.02


di sekolah dulu, teman suka untuk memerhati di luar tingkap dari kelas teman ( teman duduk betul-betul di sebelah tingkap di kelas teman---> tempat terbaik untuk dapat angin yang best untuk tidur.. hehe) . dari dulu, teman suka untuk melihat gunung 'sejemput' di sebelah kanan bangunan sekolah,  dan lombong yang luas di sebelah kiri sekolah teman.  sekolah teman betul-betul berdekatan dengan gunung ( dan tokong cina ).  di sebelah meja teman, juga seorang sahabat teman, yang betul-betul 'kaki tidur', hehehee,.... bagus sangat la tu, dua-dua kaki tidur. ( dan juga kaki conteng meja sekolah.. =D) tapi, sahabat teman ni, walaupun dalam lena dia, otak die cepat untuk menangkap apa-sahaja yang diajar oleh guru-guru. tak taulah die buat macamana... kadang-kadang teman cuba juga untuk mencuba cara dia, tapi, tak berhasil,... hahahaa,.... lain orang, lain caranya...

Alhamdulillah, kami berdua masih bersahabat sehingga sekarang, walaupun kadang-kala terpaksa senyap untuk seketika ( sebab kawan teman ni belajarnya di penang). Seronok bila dia balik, kami akan bersembang, bercerita mengenai pengalaman masing-masing. sebenarnya, akan lagi meriah bila ramai lagi sahabat2 lama kelas teman bersama, kami akan selalu bersembang sampai tidak merasa masa berlalu pergi, bersama kesejukan angin yang melalui diri kami. bersembang, senyap seketika, sambung bicara kembali,... dan sebak bila terpaksa memahami masa mencemburui kami semua,....

...................................

anak-anak masa,

mencari memori di dalam nyata,

tanpa terlihat akan diri kaku,

bersama diri yang berdiri menunggu,

akan maksud yang meninggal diri,

akan maksud yang membawa pergi.

................

~ anakmanjoi =)

3 ulasan:

  1. Waaaa....menggamit memorilah gamba nih nak grablah...salam dari bumi yang menang lawan bola ngan Itali,Mesir..

    BalasPadam
  2. pergh!!...
    len macam sasteranye...
    hahaha...

    BalasPadam
  3. @mohd ridzuan - hehehe,... sile2, amik je, kenangan ni,.. =) , bile mau balik Malaysia? balik nanti, call2 le teman! =D

    @ ibnali90 - hehehhh,.... teman kan orang sastera dulu2,... =P

    BalasPadam