Isnin, 14 September 2009

kad raya

Bismillahirrahmanirrahim~
Insya-Allah, umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi sahaja.

Sebenarnya, teman hanya ingin menulis mengenai kiriman kad raya yang teman terima hari ini. Teman sebenarnya agak terkejut juga, disangkakan siapalah yang ingin menghantar kad raya pada teman, pabila dibelek-belek di belakang sampul, tertulis nama si pengirim. Tersimpul sebuah senyuman di bibir teman,

Kad itu datangnya dari sahabat baik teman ketika zaman persekolahan lagi, dan Alhamdulillah, dan Insya-Allah, hingga kini. Terima kasih kerana masih mengingati teman yang kadang-kala hanyut juga dibuai ombak duniawi ini. Teman pernah juga cuba untuk menghubunginya, tetapi ketika itu, panggilan itu tidak dapat dijawab, mungkin kerana sibuk, kerana sahabat teman itu juga mengajar agama pada sebelah malamnya, tidak kurang juga sebagai pekerja kerajaan di siang hari.

Terima kasih juga pada mereka-mereka yang mengirim kad-kad ucapan, dan juga ucapan-ucapan melalui khidmat pesanan ringkas. Teman akan cuba juga membalas segala ucapan-ucapan yang telah teman terima itu. Terima kasih semua.

~ teringat akan kata-kata sahabat teman itu beberapa tahun dahulu, ‘ hidup pasti kan bertemu cinta, dan cinta itu tidak hanya pada maksud yang satu sahaja, fahami akannya, pasti kita akan mengenali diri…..’ ~ terbaca surat yang lama,… hehe =)
~ anakmanjoi 2009~

Sabtu, 5 September 2009

bicaralah hati, berkatalah jiwa

Hehehe, tajuk entri teman kali ini agak serius rasanya. Sebenarnya, teman sering diajukan soalan-soalan seperti, ‘ko dah ade awek ke?’, ‘awek ko keje mane weh?’, ‘sape awek ko?’ dan berbagai-bagai lagi soalan seakan skandal bagi diri teman ini. Heheh,..

Di sebalik soalan-soalan itu, teman tahu, sebenarnya sahabat-sahabat teman risau akan perjalanan hidup teman. Maaf ya sahabat-sahabatku. Teman bukannya ada apa-apa untuk dirahsiakan, apatah lagi untuk dipertontonkan. Bagi teman sebenarnya, kasih dan cinta itu satu ungkapan dan perasaan yang tidak boleh untuk dimain-mainkan, jika benar adanya kasih itu, kita membawanya ke arah satu perjalanan yang kekal, dan tidak hanya semata-mata untuk mengikuti peredaran zaman yang sememangnya telah menjadi terlalu pantas buat kita kini. 

Untuk pengekalan diri itu pula, kita tidak semestinya hanya dengan bermain kata-kata dan tontonan diri di depan mata-mata manusia dengan tidak kena pada caranya. Kerana itu adanya perkahwinan. Bagi teman, Insya-Allah, kasih dan cinta teman hanya terungkai pabila adanya satu pertalian yang sebenar-benarnya diakui dan terjalin antara keluarga-keluarga yang tidak pernah berhubungan langsung, hanya dengan satu perikatan itulah kita menjadi satu bentuk hati yang besar antara saudara-saudara kita ini. 

Teman bukanlah seorang yang alim, dan tidaklah terlalu masak di dalam kehidupan dunia ini lagi, masih lagi cuba untuk meranumkan diri lagi. Cuma, Alhamdulillah, teman telahpun ditanamkan satu pemahaman dan pengertian kehidupan dalam diri ini.

Dan juga, kiranya ada kasih teman pada seseorang yang bernama wanita, Insya-Allah, teman tidak semestinya akan menyorokkannya di kalangan kenalan-kenalan teman ini, kerna dengan itu tidak adanya satu persoalan yang akan bermain lagi di fikiran-fikiran, sehingga terbitnya pemikiran negatif-negatif, hanya pabila adanya satu perikatan yang sah pada diri teman ini. =)

Tidak dilupakan juga, teman juga telah cuba mengaturkan hidup teman untuk bila tiba ‘masa’nya, dan waktu yang sesuai juga. 
Maaf buat sahabat-sahabat teman yang sering penat untuk memikirkan tentang diri teman ini, dan terima kasih juga teman ucapkan pada anda semua.\

Teman masih mempunyai cita-cita dan juga impian, dan juga keluarga serta rakan-rakan yang disayangi.



~ anakmanjoi, cereka diri yang kadang-kala penat juga untuk teman huraikan,.. =)
(mereka kata, ini entri emo? Yakah? Bukankah ini maksudnya untuk memperbaiki diri lagi? Hmmm,… harap-harap terungkai persoalan kome ye,..) =P