Jumaat, 18 Disember 2009

salam maal hijrah 1431h

Bismillahirrahmanirrahim,
sempat lagi rasanya untuk teman mengucapkan salam awal muharram buat semua, tahun baru bagi kita semua umat Islam ini, jadi, apa hajat tahun baru anda ini? tidak salahlah kiranya jikalau boleh kita sama-sama kongsikan bersama.

Insya-Allah, pada tahun hadapan ini, teman ingin lebih memahami apa sebenarnya dimaksudkan dengan kehidupan di dalam Islam ini, (seronok sebenarnya pabila kita semua betul-betul memahami apakah Islam itu sebenar-benarnya) puas sudah rasanya untuk diri teman ini dengan dunia ini, walaupun kadangkala teman masih lagi hanyut juga, cuma teman perlukan lebih berdoa untuk Hidayah dari Nya, =)

dan Alhamdulillah juga, untuk tahun sebelum ini, impian teman untuk lebih sukakan membaca, telahpun termakbul, walaupun kadang-kala kemalasan dalam diri tetap cuba menyelubungi diri,.. (hihi), memang benar, bangsa membaca sememangnya bangsa berjaya, buat adik-adikku semua, percayalah, dengan membaca, anda semua membuka minda anda untuk dunia ini, luasnya ilmu bagaikan langit, pabila berada di dalamnya, nafasmu bagaikan segar dan tidak ingin terhenti, dan kamu dipandang, bukannya terpandang,.. =)

~ salam muharram sekali lagi buat semua sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini, segala silap dan salah, maaf teman harapkan diampun pada kalendar Islam yang mula melangkah pada tahun baru ini.

~ anakmanjoi ~ teman tertarik dengan kata-kata Dr.Fazley, (ini olahan daripada pemahaman teman terhadap apa yg diperkatakannya,) 'kita sering mengucapkan selamat tahun baru pabila tibanya tahun baru bagi tarikh masihi, tapi, tidakkah kita mengajak kebaikan dan juga mengucap salam tahun baru pabila bertukarnya tahun hijrah di dalam kalendar Islam?' mari kita bersama fikirkannya =)

Sabtu, 5 Disember 2009

kenduri dan kendara

Bismillahirrahmanirrahim,

teman baru sahaja selesai bersarapan pagi bersama-sama dengan atuk dan ibunda teman, selesai sahaja kami bersarapan, kami biasanya akan bersembang buat seketika. teman tertarik sebenarnya untuk berbicara mengenai apa yang diperkatakan oleh atuk teman, mengenai 'kenduri kendara', iya lah, zaman sekarang ini sebenarnya amat susah untuk kita memperlihatkan 'kendara' ini lagi, jika adapun, hanyalah sedikit, yang mana hanya dapat diperlihat di ceruk-ceruk kampung,

kendara ini boleh juga dikatakan mengenai semangat kejiranan dan persaudaraan sesama melayu itu sendiri. di waktu dahulunya, dikatakan oleh atuk teman sendiri, sebelum bermulanya acara kenduri, sehari sebelum itu telahpun ber'kendara' di rumah seseorang yang berkenduri itu. jiran-jiran, saudara-mara, akan berkumpul di rumah itu, (selalunya pada sehari sebelum, bagi saudara mara, ada juga yang telah berkampung seminggu sebelumnya), kaum-kaum wanita pada ketika itu, dikatakan datang ke rumah kenduri itu, dengan membawa sendiri peralatan-peralatan, seperti pisau dan kukur(kukur adalah salah satu alat untuk mengukur kelapa, selepas dikukur kelapa itu, dijadikan pula santan), boleh juga dikatakan, kemeriahannya adalah amat amat berbeza berbanding kenduri pada zaman ini.

pangsal dibina, kambing dikorbankan(selalunya pada hari kendara sahaja, untuk menjamu mereka-mereka yang datang membantu), dan sebagainya.

beginilah yang dikatakan mengenai kenduri-kendara, pada zaman kini, sebenarnya amat susah(?) untuk melihat suasana sebegini lagi, kerna kita disediakan dengan perkhidmatan katering dan sebagainya, yang memudahkan kita lagi, dan juga menjimatkan.

tapi, di manakah akan kita catatkan mengenai budaya kita ini yang kian lupus sebagai tatapan buat anak cucu? risau juga teman nanti, tikamana, pada zaman mendatang nanti, hilang pula perkataan 'kenduri' ini di dalam budaya kita. *berfikir sejenak*

~ teman pernah juga merasai suasana kendara ini sendiri, memang menyeronokkan dan menghiburkan, walaupun penat, tetapi penat itu akan hilang tikamana kita merasa puas dengan segala apa usaha yang kita lakukan itu. (teringat kenangan di taiping, hehehe =), seronok)


~Alhamdulillah, hari ini hari ahad, 6 disember 2009, Insya-Allah, esok (7hb) adalah harijadi along(kak long) teman, nurshifa fardiana, apa-apa pun, teman ingin menyampaikan salam hari jadi terlebih dahulu kepada along(semoga dapat kerja di Ipoh ini dan juga cepat kahwin ye, hehe), Alhamdulillah, kita semua telahpun diberi kesempatan untuk hidup selama mana panjangnya umur kita ini. Panjangnya kesyukuran teman terhadap Yang Maha Esa atas limpah kurnianya kepada kita selama ini, dan Insya-Allah juga, pada 10hb nanti, harijadi che'ye & abang aziz, 11hb pula harijadi sahabat teman, hafiz yahaya, dan pada 12hb adalah harijadi sahabat teman juga, encik faris roffa(hehehe,.. =P), pada 26hb, izzat. oh ya, harijadi teman juga pada bulan ini, Alhamdulillah, bersyukur juga teman kerana masih diberi kesempatan untuk hidup selama ini, dan juga diberi oleh-Nya kepada teman segala pengalaman hidup selama ini, yang teman lalui samada tika senang ataupun sukar. Alhamdulillah. =)

~ anakmanjoi~ membarakan diri itu, bagaikan menyiramnya air pada bunga, menanti setiap pagi, setiap detik memakan diri...