Khamis, 21 Januari 2010

adatku dan agamaku.

Bismillahirrahmanirrahim::..

bila mana kita sering memperkatakan mengenai adat,
seringkali kita semua melangitkan segala adat yang ada,
indahnya adat kita zaman dahulu,
adat melayu itu bagaikan menyempurnakan hidup ini,

sering juga kita memperkatakan mengenai remaja sekarang yang sudah semakin melupakan adat,
pegangan dan segala-galanya,
ahh, zaman sudah berubah, dunia semakin maju,
untuk apa diper ibu kan adat-adat ini,
ini ungkapan dari bibir-bibir remaja kini,

jikamana adat diperlakukan sebegini,
tidak dinafikan sebegini juga agama dipalingkan(diringankan),
hendak sekali pandang, bagai kepala ini berat untuk terus meneliti,
mata cuba untuk menjeling ke kiri dan kanan,
hmm, hendak tidak mengikuti, apalah akan dikatakan sekeliling,
aku menetap di negara berstatus agama yang tersohor, pasti akan diperlekehkan
jika kejahilanku mengenainya terserlah,
hendak diamalkan, ahh, usiaku masih muda.
masa muda hendaklah cuba dihabiskan dengan bersuka-ria,
sekurang-kurangnya aku sempat untuk merasai kelazatan dunia (nauzubillah)

mati tidak mengira usia,
sedangkan buah yang muda turut gugur dari pepohon, apatah pula buah yang tua.
 hidup selepas zaman kehidupan inilah sebenarnya adalah yang patut kita tujukan,
cuba menggapai apa sebenarnya tujuan kita hidup di muka bumi ini,
menggapai keredhaan Allah sebagai tajuk utama di dalam setiap nafas kita.
Insya-Allah.

~ teman sebenarnya tertarik bilamana memperkatakan mengenai adat, yang mana tidak kita sedari, kecantikan adat-adat yang ada pada diri dan pegangan kita selama ini, tampak cantik dan indah kerana ianya bersandarkan pada syariat. tidak percaya? cubalah kita fikirkan kembali, segala adat yang sememangnya bersandarkan pada syariat, tanpa disangka, itulah yang menampakkan kecantikan budaya dan bangsa itu sendiri.

tidak hanya terikat pada adat Melayu itu sendiri, sebenarnya adat-adat luar yang tampak cantik dan indah itu juga, sebenarnya banyak juga yang berlandaskan syariat. jepun, korea, china, dan sebagainya. mari bersama kita fikirkan.



~ anakmanjoi ~ perlukan contohkah maksud teman pada maksud adat bersandarkan syariat itu? apapun, biarlah kita sama-sama berfikir bersama-sama dahulu. Insya-Allah. =)
*tetapi masih ada juga adat yang terkeluar daripada fahaman Islam itu sendiri,

4 ulasan:

  1. `adat` tu apa?
    ada orang pernah tuduh aku lupakan adat.
    adat apa yang aku lupakan pun aku tatau.
    plus,hidup aku beradat kah?

    BalasPadam
  2. adat itu boleh juga dikatakan hidupan kita yang selalu kita lakukan, tanpa kita sedari, kemanisan setiap adat itu sememangnya bersandar pada syariat.

    emm, senang untuk diceritakan, kehidupan sehari-hari kita yang berpaksikan pada Islam, kita memulakan hari dengan Bismillah, solat subuh dan sebagainya.

    untuk diperkatakan sebagai adat pula, ianya bagaikan amalan-amalan sampingan, seperti cara kita minum, (orang melayu ada juga mengatakan minum selepas makan adalah lebih baik, dan itu juga antara cara pemakanan di dalam Islam.), cara kita berjalan ( dengan menundukkan pandangan, kan Islam ada berbicara mengenainya juga), menghormati orang lain, tidak terlalu banyak berbicara mengenai perkara kosong, dan sebagainya. jika kita cuba berbalik pada cara hidup yang bersyariat itulah, Insya-Allah, orang sekeliling dan kita sendiri akan selesa. =)

    ~ terima kasih kerana bertanya.

    BalasPadam
  3. adat xd kaitan ngan agama if I am not mistaken.
    adat is something we live as a Malay.
    Yang kau sebut sume tu syariat,sunnah.
    and not all of adat melayu berpaksikan syariat islam.
    melenggang perut, bersanding, what else?

    BalasPadam