Memaparkan catatan dengan label peringatan diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peringatan diri. Papar semua catatan

Selasa, 5 Oktober 2010

biarkan aku bercerita mengenai puncak.

Sudah dihabiskan segelas air limau ais yang dipesan setengah jam tadi, mata dirasakan amat berat, badan ingin sekali lena di atas tilam empuk, akibat sudah beberapa hari tidak mendapat tidur yang mencukupi,  menguap? ah, sudah beberapa kali,...

"Bila kamu sudah di puncak, orang di sekeliling kamu tidak akan kisah akan susahnya, atau bagaimana peritnya ketika kamu di dalam keadaan mencuba untuk ke puncak, tetapi mereka di sekeliling kamu hanya kisahkan bagaimana cara kamu ketika turun, samada meluncur ke bawah ataupun 'jatuh'," tersentak juga mendengar pandangan daripada sahabat itu.

fikiran cuba untuk lebih memahami, otak sudah mula memproses data-data.

"Aluluululuuu,...lulululuuu,...," jerit mat rempit di jalanan, sambil memacak motornya, dengan kebingitan bunyi ekzosnya,  berlalu di tepi kami berempat yang sedang leka bersembang , "ah, potong,....."

~  kata orang tua, gayung tua gayung memutus. ya, ada benarnya di situ.
~ anakmanjoi ~ catatan meniti malam gelita...

Sabtu, 17 Julai 2010

kesabaran Abu Utsman tiada bandingan

Abu Utsman adalah orang soleh yang taat beribadah. Dia mempunyai tahap kesabaran yang luar biasa. Apa sahaja yang menimpanya, diterima dengan ikhlas dan sabar. Tidak pernah dia mengeluh sedikit pun.
Perihal kesabaran Abu Utsman ini terkenal ke mana-mana, sehingga ada orang yang ingin menguji kesabaran Abu Utsman. Lalu orang itu mengundang Abu Utsman datang ke rumahnya

Datanglah Abu Utsman ke rumah orang itu.

"Mahu apa kamu ke sini? Pergilah, orang rakus! Kau hanya akan menghabiskan hidangan aku sahaja," bentak orang yang mengundang Abu Utsman itu.

"Baiklah, aku pergi," kata Abu Utsman tanpa marah sedikit pun kerana diherdik orang yang mengundangnya.

Baru sahaja beberapa langkah keluar, Abu Utsman dipanggil lagi.

"Hei kamu, kenapa kamu pulang? Ke marilah!" seru orang yang mengundang Abu Utsman itu.

"Baiklah, aku kembali," kata Abu Utsman.

"Orang bodoh, pergilah kau dari pandanganku! Hidangan ini bukan untukmu!" herdik orang yang mengundang Abu Utsman.

Begitulah, Abu Utsman datang dan pergi sehingga 30 kali. Dipanggil, dia datang. Diusir, dia pergi. Abu Utsman tidak mengeluh sedikit pun, apalagi marah.

Orang yang mengundang Abu Utsman itu percaya bahawa Abu Utsman memang orang yang bersabar. Lalu, dia menjatuhkan dirinya, berlutut di hadapan Abu Utsman.

"Maafkan saya, Abu Utsman. Sekarang saya percaya anda seorang yang sangat sabar. Andalah hamba Allah yang sangat terpuji," kata orang itu.

"Seekor anjing bila diperlakukan seperti tadi pasti marah. Aku tidak marah kerana aku bukan anjing," kata Abu Utsman.

Orang yang menguji kesabaran Abu Utsman itu bertaubat dan menjadi anak murid Abu Utsman. Dia belajar bagaimana menerima segala sesuatu itu dengan ikhlas seperti Abu Utsman.

~ Sabar itu sebahagian daripada iman, dan Allah SWT suka terhadap orang yang bersabar.
~ anakmanjoi, bacaan teman daripada Ana Muslim, edisi 52. ^___^~

Khamis, 21 Januari 2010

adatku dan agamaku.

Bismillahirrahmanirrahim::..

bila mana kita sering memperkatakan mengenai adat,
seringkali kita semua melangitkan segala adat yang ada,
indahnya adat kita zaman dahulu,
adat melayu itu bagaikan menyempurnakan hidup ini,

sering juga kita memperkatakan mengenai remaja sekarang yang sudah semakin melupakan adat,
pegangan dan segala-galanya,
ahh, zaman sudah berubah, dunia semakin maju,
untuk apa diper ibu kan adat-adat ini,
ini ungkapan dari bibir-bibir remaja kini,

jikamana adat diperlakukan sebegini,
tidak dinafikan sebegini juga agama dipalingkan(diringankan),
hendak sekali pandang, bagai kepala ini berat untuk terus meneliti,
mata cuba untuk menjeling ke kiri dan kanan,
hmm, hendak tidak mengikuti, apalah akan dikatakan sekeliling,
aku menetap di negara berstatus agama yang tersohor, pasti akan diperlekehkan
jika kejahilanku mengenainya terserlah,
hendak diamalkan, ahh, usiaku masih muda.
masa muda hendaklah cuba dihabiskan dengan bersuka-ria,
sekurang-kurangnya aku sempat untuk merasai kelazatan dunia (nauzubillah)

mati tidak mengira usia,
sedangkan buah yang muda turut gugur dari pepohon, apatah pula buah yang tua.
 hidup selepas zaman kehidupan inilah sebenarnya adalah yang patut kita tujukan,
cuba menggapai apa sebenarnya tujuan kita hidup di muka bumi ini,
menggapai keredhaan Allah sebagai tajuk utama di dalam setiap nafas kita.
Insya-Allah.

~ teman sebenarnya tertarik bilamana memperkatakan mengenai adat, yang mana tidak kita sedari, kecantikan adat-adat yang ada pada diri dan pegangan kita selama ini, tampak cantik dan indah kerana ianya bersandarkan pada syariat. tidak percaya? cubalah kita fikirkan kembali, segala adat yang sememangnya bersandarkan pada syariat, tanpa disangka, itulah yang menampakkan kecantikan budaya dan bangsa itu sendiri.

tidak hanya terikat pada adat Melayu itu sendiri, sebenarnya adat-adat luar yang tampak cantik dan indah itu juga, sebenarnya banyak juga yang berlandaskan syariat. jepun, korea, china, dan sebagainya. mari bersama kita fikirkan.



~ anakmanjoi ~ perlukan contohkah maksud teman pada maksud adat bersandarkan syariat itu? apapun, biarlah kita sama-sama berfikir bersama-sama dahulu. Insya-Allah. =)
*tetapi masih ada juga adat yang terkeluar daripada fahaman Islam itu sendiri,