Sabtu, 17 Julai 2010

kesabaran Abu Utsman tiada bandingan

Abu Utsman adalah orang soleh yang taat beribadah. Dia mempunyai tahap kesabaran yang luar biasa. Apa sahaja yang menimpanya, diterima dengan ikhlas dan sabar. Tidak pernah dia mengeluh sedikit pun.
Perihal kesabaran Abu Utsman ini terkenal ke mana-mana, sehingga ada orang yang ingin menguji kesabaran Abu Utsman. Lalu orang itu mengundang Abu Utsman datang ke rumahnya

Datanglah Abu Utsman ke rumah orang itu.

"Mahu apa kamu ke sini? Pergilah, orang rakus! Kau hanya akan menghabiskan hidangan aku sahaja," bentak orang yang mengundang Abu Utsman itu.

"Baiklah, aku pergi," kata Abu Utsman tanpa marah sedikit pun kerana diherdik orang yang mengundangnya.

Baru sahaja beberapa langkah keluar, Abu Utsman dipanggil lagi.

"Hei kamu, kenapa kamu pulang? Ke marilah!" seru orang yang mengundang Abu Utsman itu.

"Baiklah, aku kembali," kata Abu Utsman.

"Orang bodoh, pergilah kau dari pandanganku! Hidangan ini bukan untukmu!" herdik orang yang mengundang Abu Utsman.

Begitulah, Abu Utsman datang dan pergi sehingga 30 kali. Dipanggil, dia datang. Diusir, dia pergi. Abu Utsman tidak mengeluh sedikit pun, apalagi marah.

Orang yang mengundang Abu Utsman itu percaya bahawa Abu Utsman memang orang yang bersabar. Lalu, dia menjatuhkan dirinya, berlutut di hadapan Abu Utsman.

"Maafkan saya, Abu Utsman. Sekarang saya percaya anda seorang yang sangat sabar. Andalah hamba Allah yang sangat terpuji," kata orang itu.

"Seekor anjing bila diperlakukan seperti tadi pasti marah. Aku tidak marah kerana aku bukan anjing," kata Abu Utsman.

Orang yang menguji kesabaran Abu Utsman itu bertaubat dan menjadi anak murid Abu Utsman. Dia belajar bagaimana menerima segala sesuatu itu dengan ikhlas seperti Abu Utsman.

~ Sabar itu sebahagian daripada iman, dan Allah SWT suka terhadap orang yang bersabar.
~ anakmanjoi, bacaan teman daripada Ana Muslim, edisi 52. ^___^~

Ahad, 11 Julai 2010

perjalanan.

tatkala si ibu itu membuaikan alunan zikir ke telinga anaknya,
alam merasai kerlipan laluan sebuah peringatan,
biarpun mata itu dilihat tertutup rapi,
namun sebuah hati suci mula dibajai,

engkaulah penyambung sebuah perjalanan,
bermula langkahmu pabila iqamah disisipkan di telingamu,
engkau merintih mencari sebuah destinasi,
tatkala itulah ibu dan ayahmu mengenalkanmu akan siapa Tuhanmu,

bersama sebuah kucupan ke ubunmu,
beserta sebuah kasih dan sayang dihembuskan untukmu,
jadilah engkau anak yang berjasa,
mencintai Allah, Rasul, dan seluruhnya.

sebuah usapan sayang buatmu.
aduhai anakku.



~ anakmanjoi  - aku masih di sini. ^__^
2010~

Rabu, 9 Jun 2010

tangga perhentian seketika.

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah,
teman akan pergi ke Kuala Lumpur dalam beberapa jam sahaja lagi, Insya-Allah. Teman telah menghabiskan pembelajaran teman di kolej yang telahpun teman tempuhi selama tiga tahun, dan teman telah meninggalkan kolej selama setahun lebih. Teman akan pergi ke Kolumpo(bahase orang lame, hehe) bagi mempersiapkan diri untuk Konvokesyen teman pada hari ahad ini, Insya-Allah.

Doakan semoga teman selamat pergi dan pulang ke negeri tercinta.
Ucapan terima kasih juga buat semua guru-guru teman di sekolah, guru-guru di kolej, dan semua guru-guru(ibu-bapa, saudara mara, dan sahabat-sahabat)  yang mengajar teman erti kehidupan, manis dan tawarnya perjalanan hidup ini. Terima Kasih, Semoga Allah merahmati semua. ^___^

~ Anakmanjoi 2010~ kehidupan yang bertangga itu, rupanya mempunyai tingkat untuk berhenti melepaskan lelah seketika sebelum meneruskan perjalanan, Alhamdulillah.

Khamis, 27 Mei 2010

aku.masa.dan.aku

andaikata masa itu dapat dilihat, mahukah kita mengejarnya?



~ anakmanjoi 2010 ~

Selasa, 25 Mei 2010

Aduhai Iman....

Aduhai Iman,
jika engkau ingin terbang meninggi ke langit,
bawalah aku bersamamu,
biarlah kita merentasi pelangi itu bersama,
bersorak dan ketawa di dalam adab dan sopannya,
meredah hujan dan badai tatkala awan itu menurunkan hujannya,
aku bahagia tatkala diriku sentiasa bersamamu,

Aduhai Iman,
tetapi jikalau engkau hendak menuruni langit dan melewati bumi itu,
jangan dibiarkan aku bersendiri di atas ini,
aku takut akan termakan oleh mata kail panahan petir-petir di sekelilingku itu,
kerana aku masih bisa untuk termakan segala umpan dan keindahan itu...

Aduhai Iman,
tatkala kamu membawaku bersama ke bawah lurah itu,
janganlah juga dibiarkan aku bersendiri,
akanku sentiasa berdoa kepada-Nya,
agar kita sentiasa bersama,
demi diriku, keluargaku, dan agamaku....

"Ya Allah, wahai Tuhan Kami, hidupkan kami dengan Iman, matikan kami dalam Iman serta masukkkan kami ke dalam syurga bersama-sama Iman."
Amin Ya Allah....

~ Anakmanjoi ~ menuruti rentak pertengahan tahun 2010.

Ahad, 28 Februari 2010

untuk apa dijadikan artis sebagai idola hidup?

tertarik pabila membaca surat khabar semalam, mengenai isu wardina mengatakan artis bukanlah sepatutnya menjadi Idola bagi rakyat Malaysia. Kebenaran itu digembar-gemburkan, melentinglah pelbagai pihak (semestinya golongan-golongan "artis"), tidak kurang ada juga yang menyokong =), tetapi, memang itu sepatutnya, KEBENARAN yang memang sepatutnya. untuk apa menjadikan artis sebagai Idola?

sedangkan sepatutnya kita menjadikan seorang pemimpin ummat, yang sememangnya amat dikenali seluruh umat manusia, seorang yang memang diperakui keindahan keimanan dan cara hidupnya (segala-galanya, memimpin, peribadi, urusan kehidupan dan lain-lain), iaitu Rasulullah S.A.W. sebagai yang sebenar-benarnya Idola di dalam hidup kita! Insya-Allah.


*di sini, mulalah nampak akan perangai artis Malaysia yang sememangnya hodoh, tampak lebih hodoh dengan pelbagai pengakuan dan cerita peribadi mereka. "yang diperbuat, dan diperhebohkan" huh,
malu untuk memperkatakan sebenarnya, tetapi, suatu masa dahulu, pernah juga teman menjadikan artis-artis sebagai Idola, kononnya untuk memperbaiki hidup, tetapi, Alhamdulillah, kecintaan pada Allah dan Rasul sebenarnya lebih penting, dan membuatkan teman amatlah mengagumi akan keindahan peribadi Rasulullah S.A.W., dan sememangnya telah tersemat di hati teman untuk menjadikan baginda sebagai Idola di hati. Buat selama-lamanya, Insya-Allah*

~ anakmanjoi - sedih mengenangkan zaman permulaan pucuk teman dahulu, tatkala keindahan cinta daripada Allah dan Rasul sememangnya dibajai dan sering diperdengarkan, tika itulah teman mula beralih ke arah bayang yang gelita itu. Alhamdulillah, tika kini, teman cuba dan melalui cahaya mentari itu. Insya-Allah, diminta tidak dipesongkan kembali jalanku ini. Insya-Allah.

Jumaat, 26 Februari 2010

Salam Maulidur Rasul

 Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu...