Ahad, 13 November 2011

biarkannya melangkah

biarkan harimau itu melangkah,
satu tapak,
dua tapak,
tiga tapak,

biarkannya melangkah,
empat tapak,
lima tapak,
enam tapak,

kenapa perlu engkau menghentikannya?
sedangkan engkau tidak mengerti perjalanannya itu.

sumber gambar : internet

Khamis, 16 Jun 2011

terbukah diri ini?

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW,keluarga & para sahabatnya,

tersentak diri hari ini, di bibir sering mengatakan Cinta pada-Nya,
tapi hati kadang alpa dan leka daripada-Nya.
Sungguh, walau bagaimana leka diri kita ini, Cinta daripada-Nya tidak pernah kurang,
merindui tangisan kita untuk-Nya.

ku melangkahkan kaki buat ke berpuluh kalinya,
melangkah demi agama,
melangkah demi diri.
semoga dikuatkan diri ini. amin.

~ maaf sudah lama tidak bersinggah, kehidupan agak kacau kini, dibalik senyuman, terhimpun kerja yang menggunung, kisah diri yang tidak pernah sudah.

~ anakmanjoi ~ anak mata tidak pernah menipu, hanya hati yang berdalih dari segalanya. hati dicuba untuk tidak diubah. :')

Selasa, 14 Disember 2010

sejuk sebuah nikmat

Bismillahirrahmanirrahim

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW,keluarga & para sahabatnya,

Alhamdulillah, umurku kini sudahpun mencecah kepada sebuah angka yang akan membawa diri kepada alam yang lebih ke atas lagi, yang dilahirkan di bulan disember ini. Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan-Nya yang masih menghidupkan dan meminjamkan diri ini nyawa untuk lebih cuba mencari dan mencari sebuah perjalanan diri.
 
Pada pagi hari lahirku sendiri, ku diingatkan supaya bersyukur di atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan, ku lakukan sebuah sujud syukur sebagai tanda penghargaan ku kepada-Nya yang memberi segala limpah kurnia-Nya, yang tidak pernah putus, Alhamdulillah. Ku cium pipi ibuku, ku berterima kasih kepada ayahku, di atas penjagaan mereka selama ini,.....
 
sejuk terasa sebuah kenikmatan, Semoga Allah memanjangkan dan memurahkan rezki ku, kedua ibu bapaku, keluargaku, sahabat-sahabatku dan seluruh saudara seagamaku.
 
dinaikkan satu angka demi tahun, dinaikkan lah juga sebuah pengalaman hidup untuk meniti titian urat kehidupan ini. Sungguh tidak terhingga sebuah kenikmatan yang diberi-Nya,. teringat satu rangkap bait lirik kegemaranku, " kerana kasih-sayang-Nya, lebih luas dari kemurkaan-Nya,"
 
Sebuah salam dan kasih tidak terhingga, dan doa dariku buat mereka yang lahir pada masa ini, Ibu saudaraku (Roslaili (che' ye), yang menyambut sama tarikh denganku), dan semua sahabat-sahabatku. Semoga dimurahkan lagi rezki kalian dan dipanjangkan umor, Insya-Allah.
 
~ anakmanjoi - Dipasakkan kaki di bumi, Untuk melihat langit yang luas meninggi..... =)

Ahad, 31 Oktober 2010

Sahsiah anak-anak yang dididik Islam

Abdullah bin Ja'far r.a. pernah menghadapi hidangan dengan kaumnya. Tiba-tiba ada seorang budak hamba kelihatan memberi anjing makan seketul daging. Kemudian dia terus memberi lagi sehingga anjing itu kenyang.

Abdullah memanggil budak itu seraya bertanya: "Berapa ketul daging kamu makan setiap hari?"
Budak itu menjawab, " Itulah yang telah aku berikan pada anjing." Dia bertanya: "Kenapa engkau mengutamakan anjing lebih daripada dirimu sendiri?" Budak itu menjawab: " Aku dah selalu makan tapi anjing ini kelihatan lapar dan datang dari tempat jauh. Aku kasihan padanya."

Abdullah kagum dengan jawapan itu lalu berkata dalam hatinya, "Budak ini lebih pemurah daripadaku." Dia kemudiannya membeli hamba itu dan membebaskannya kerana Allah.

Lihatlah bagaimana seorang budak yang menjadi hamba mempu memberi pengajaran kepada seorang yang bertaraf ketua masyarakat.

...............................
" Dan hamba-hamba yang beriman itu berdoa Wahai Tuhan kami, kurniakanlah untuk kami isteri-isteri kami dan anak-anak kami yang jadi penyejuk mata kami dan jadikanlah kami petuan orang-orang muttaqin." (Surah al-Furqan: 74)

~ sebuah perkongsian daripada buku "Anakku hebat, Anakku Soleh", karangan Ustaz Zahazan Mohamed. (keluaran telaga biru)

~ Lembutkan hati ku ini Ya Allah. Insya-Allah. ~ Anakmanjoi.

Ahad, 24 Oktober 2010

doaku buatmu.


Doa Rasulullah SAW untuk Ibnu Abbas. "Ya Allah, berilah kepadanya kefahaman ilmu agama dan ajarkanlah kepadanya ilmu takwil." Riwayat Ibnu Abbas.

Doa ini dibacakan oleh Rasulullah SAW kepada Ibn Abbas sejak beliau masih bayi sambil baginda mengusap kepalanya. Berkat doa yang dibaca oleh Rasulullah SAW inilah Ibn Abbas kemudian menjadi seorang yang amat pintar dan paling hebat dalam mentafsir ayat-ayat al-Quran selepas kewafatan Rasulullah SAW.

................................................

Sabtu lalu, saya telah pergi ke sebuah program bersama-sama anak-anak yatim dan warga miskin, yang dianjurkan oleh C.I.S. Department, Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak. Saya beserta dua orang lagi sahabat diwakilkan oleh syarikat untuk memberi kata-kata/perkongsian ilmu mengenai dunia animasi dan sumbangan. Alhamduliillah, segalanya berjalan dengan lancar. harapnya warga kerja organisasi penganjur majlis tersebut berpuas hati dengan segala yang kami lakukan.

Mata saya di sana ligat memerhatikan segala tingkah-laku anak-anak ini, ada yang bermain, bertanya soalan itu dan ini(anak-anak yang kecil, suka untuk bertanya segala-galanya, mereka sedang belajar untuk memahami kehidupan. Alhamdulillah, segala pertanyaan mereka dijawab dengan berhati-hati oleh pihak organisasi, dan di samping jawapan mereka itu, mereka menyelitkan pengetahuan mengenai agama), dan ada yang tekun mendengar. Segala doa daripada saya buat mereka, semoga menjadi insan yang berguna di masa mendatang, Insya-Allah.

(gambar ini bukan saya, dia merupakan salah seorang daripada ahli organisasi yang menganjurkan majlis ini)

~ anakmanjoi - teruja dengan suasana di dalam Universiti tersebut, terasa selesa dan nyaman sekali. =)

Selasa, 19 Oktober 2010

hebat sangatkah cinta?

Hebat sangatkah cinta,

atau cuma hawa nafsu semata,
jika tiada calon, ramai yang bertanya ,
mengapa tidak dicari katanya,

hebat sangatkah cinta,
jika cuma sesama manusia,
apatah lagi berlainan jantina,
hingga agama diletak belakangnya,

hebat sangatkah cinta,
jika statusku single mereka hairan bertanya,
sedangkan solat lima waktu tidak diberatnya,
jika ramai tak buat dipandang biasa,

hebat sangatkah cinta,
menghayati rasa yang terkandung didada,
terlahirnya sajak ,puitis nya cinta,
lautan api sanggup diredahnya,

hebat sangatkah cinta,
hingga semua nak diserahkannya,
katanya memujuk kononnya aku yang teristimewa,
sedangkan ayat sampah tu dah beribu kali dijaja,

hebat sangatkah cinta,
kononnya dihati tulus setia,
membukti cinta tanpa diduga,
akhirnya tubuh menjadi mangsa

hebat sangatkan cinta,
" saya suka awak kerana agama"
kalau begitu mengapa mendekati zina,
jika benar agama ukurannya,

hebat sangatkah cinta,
mampu membuat diri tersenyum manja,
khayalnya meneguk madu cinta,
sedangkan yang diteguk racun berbisa,

hebat sangat kah cinta,
sehingga mata yang celik dikata buta,
dosa pun dia kata"tak pa",
janji kau aku yang punya

hebat sangatkah cinta ,
jawapannya ya,
jika mencari cinta yang Esa,
bahagianya kekal untuk selamanya .. ♥

~ perkongsian daripada sahabat saya di facebook. terima kasih di atas peringatan ini.  =)

~ anakmanjoi ~ Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya.” Sebahagian salaf berkata: “Tidak ada suatu perkara yang lebih disukai Allah pada seseorang hamba selepas hamba tersebut suka untuk bertemu dengan-Nya daripada banyak sujud kepada-Nya, maka dia mendahulukan kesukaannya bertemu Allah dengan memperbanyakkan sujud kepada-Nya.”

Selasa, 5 Oktober 2010

biarkan aku bercerita mengenai puncak.

Sudah dihabiskan segelas air limau ais yang dipesan setengah jam tadi, mata dirasakan amat berat, badan ingin sekali lena di atas tilam empuk, akibat sudah beberapa hari tidak mendapat tidur yang mencukupi,  menguap? ah, sudah beberapa kali,...

"Bila kamu sudah di puncak, orang di sekeliling kamu tidak akan kisah akan susahnya, atau bagaimana peritnya ketika kamu di dalam keadaan mencuba untuk ke puncak, tetapi mereka di sekeliling kamu hanya kisahkan bagaimana cara kamu ketika turun, samada meluncur ke bawah ataupun 'jatuh'," tersentak juga mendengar pandangan daripada sahabat itu.

fikiran cuba untuk lebih memahami, otak sudah mula memproses data-data.

"Aluluululuuu,...lulululuuu,...," jerit mat rempit di jalanan, sambil memacak motornya, dengan kebingitan bunyi ekzosnya,  berlalu di tepi kami berempat yang sedang leka bersembang , "ah, potong,....."

~  kata orang tua, gayung tua gayung memutus. ya, ada benarnya di situ.
~ anakmanjoi ~ catatan meniti malam gelita...