Ahad, 26 Julai 2009

apa ada pada nama


" Ramai yang tidak nampak dalam pemilihan nama, ramai yang ikut sedap kata, keinginan yang berlegar di kepala, sedap telinga mendengar tetapi tidak tahu maksud yang tersirat atau tentang apa akan terjadi jika tersilap memilih nama. Diulangi sekali lagi bahawa setiap kata-kata adalah doa. Begitulah juga seperti kita atau seperti manusia lain sebelum dilahirkan ke dunia, ibu bapa sudah bersiap mencari nama yang cantik, nama yang ada makna, nama yang indah atau maksud yang membawa kebaikan kepada diri kita. Berjilid-jilid buku tentang nama-nama anak dibeli, bertanyakan kepada kawan yang mempunyai selok-belok agama, dan tiada ibu bapa yang sanggup meletakkan nama anak mereka yang tidak baik, menjadi bahan kutukan, atau mempunyai nasib malang.

Jika berhajat mahu anak yang hafal Al-Quran atau bijak menghafal, anak itu dinamakan Hafiz atau jika berhajat anak itu cantik, dinamakan Aishah. Walaupun bila anda sudah besar, sudah ada nama panggilan yang ganas, nama yang manja, nama yang buruk, tetapi nama itu tidak akan berubah semasa nama anda disebut ketika talkin dibaca dan ia tetap nama yang diberi oleh ibu bapa. Betapa pentingnya erti atau maksud di sebalik nama bagi seseorang yang bernama manusia."

........................

kredit penulisan di atas kepada 'Zam Shah Rizal' , ruangan tumbok rusok, majalah ROTTW (Malaysia's Premier Music Magazine), isu 149.

~ gambar -anakmanjoi

..........................

1 ulasan:

  1. setuju sangat dengan kamu, ada jugak yang tidak peka pada nama ini, sebaik2nya namakan anak dgn nama bermaksud yang baik...

    BalasPadam