Sabtu, 11 Julai 2009

Tinggi si kelapa bali

Teman selalunya mengingatkan diri sendiri bahawa bila kita berada di atas, kita tak akan selamanya di atas. Perlu juga untuk menunduk ke bawah, supaya tidak ditimpa akan keegoan yang seringkali menutupi diri kita ini. Teman selalu juga berpesan pada rakan-rakan dan sahabat handai teman.

Tapi, satu hari itu, teman tersedar yang kadang-kala ego kita itu datang tidak diundang, dan cuba untuk menyaluti diri. 

Hasil kerja teman telah di kritik oleh junior teman, yang mana teman agak memandang tinggi pada bakat yang ada pada dirinya. Entah kenapa ketika itu, teman merasakan yang segala kritikan dia itu seolah-olah ingin melemahkan semangat teman, dan dia juga seolah-olah cuba untuk berbangga dengan hasil kerjanya. Teman cuba juga untuk membidas kritikannya, tetapi apa yang dikatakannya itu sebenarnya betul belaka.

Seharian juga teman memikirkannya, dan akhirnya teman berterima kasih juga kepadanya atas kritikannya yang ikhlas (ikhlas ke? Hehehe..). tidak sedar rupanya ego teman juga seakan-akan menenggelamkan diri teman ni.



~ anakmanjoi ~ teman akan cuba memperbaiki diri ini lagi.. =D 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan