Khamis, 4 Disember 2008

di mata kehidupan

Perjalanan hidup ini,
Tidak pernah henti,
Bagai arus tanpa mempedulikan halangannya,
Sumpahnya yang tidak pernah padam,
Mencari berlian yang rapuh,
Cantik di luar, kosong di dalam,
Digilap menjadi perhatian,
Kecantikannya dijadikan simbol,
Tanda gah di mata-mata manusia,

Tidak inginkan berlian,
Tidak mimpikan permata,
Aku mahukan salju,
Sejuk di luar, sejuk di dalam,
Manis dipandang, ketenangan pabila merasa,
Dipanggil kesucian,
Dipanggil keayuan,
Tidak melupakan usul kejadiannya,
Dari segumpal air memenuhi alam,
Kembali semula ke halamannya,
Tanpa ada beza, tanpa ada cela.

~ aku terjumpa balik buku2 lama aku, perhh,... berhabuk2,.. tapi best gak, byk contengan2, lakaran2 hidup aku waktu sekolah dulu,.. hahaha. (kenangan adalah sesuatu yang bermakna bagi kita semua, jgn dilupakannya~ yang pahit itulah sebenarnya yang manis buat kita) Yang aku tulis atas nih, sebenarnye aku buat untuk kawan aku, die nih orang kampung, baru lagi masuk ke dunia kota yang caca merba ni(walaupun di Ipoh,... ye, Ipoh!) , aku takut mereka hilang arah, hilang pandangan mereka.. tapi, Alhamdulillah, aku sering memerhati mereka, mereka bukan jenis senang nak lupakan diri... =)

~ ini juga catatan untuk adik2ku yang baru melepasi zaman persekolahan,.. ( korang semua yang baru habis SPM),  semoga berjaya menempuhi hidup..

~ anakmanjoi =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan