Khamis, 4 Disember 2008

fikiran aku yang melayang-layang

Bersilat bertari, menyembah bumi,
Bertarung antara batin rohani,
Biar beradab dalam berisi,
Tanpa lupakan Yang Maha Mengadili,

Bertari dan berlagu tanpa menyepi,
Mata dan telinga mahu ditutupi,
Itulah resmi manusia memerhati,
Lupakan adat, lupakan diri,
Bangsa, Agama, dan Maruah dizalimi.

Mahu mengikuti arus duniawi,
Suara Panggilan dibiarkan dibelakangi,
Matanya dikatakan mata modenisasi,
Menjadi pemerhati di dalam sepi,
Tidak indah jika sering memperingati,
Ya! , Di Sana nanti, seorang diri dihakimi.

~~ kata orang2 tua, yg tua menasihati yang muda, yang muda menghormati yang tua,... ye ke? ade ke lagi yg ikut semua tu?? kembalikan balik adab dan adat kita yang semakin menghilang... Agama kita semakin tercemar, jadi, peranan kita amat tinggi pada zaman nih. Jom lagi sekali menjadi bangsa yang dikagumi, seperti zaman kesultanan Melayu Melaka dulu kala,... =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan