Terpadam daripada segala
khianat dunia,
Terpadam daripada keasyikan
nafsunya,
Terpadamnya dari disinari cahaya,
Yang sering memberi petunjuk
dan kesesatan dunia,
Telinga yang tertutup itu,
Terhindarnya dari cacian-cacian
manusia,
Terhindarnya dari umpatan-umpatan
mereka,
Terhindarnya dari bunyian-bunyian
syaitan pembingit telinga,
Walaupun kadang-kala dibiarkan
dialun alunan ketenangan jiwa,
Tetapi tika nafasmu ditutupi,
Tersedarlah akan dunia yang sementara,
Tersedarlah akan makna amalan
yang perlu dibawa,
Tersedarlah akan makna kehidupan
yang dikurniakanNya.
~ berfikir2 di awal pagi, di Hospital Besar Ipoh,.... terlihat orang2 tua yang berkeringat untuk meneruskan hidup bersama ubat-ubatan yg dibekalkan. bersama-sama semangat yang tidak pernah padam, untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifahNya di muka bumi ini... =)
adakah kamu sakit? atau kamu kerja di HBI?
BalasPadamutk dina~
BalasPadamowhh,..
tak,... sekadar mengambil ubat untuk atukku,..
~ Alhamdulillah,.. aku masih sihat,.. terima kasih kerana mengambil berat.. =)