Jumaat, 18 Disember 2009
salam maal hijrah 1431h
sempat lagi rasanya untuk teman mengucapkan salam awal muharram buat semua, tahun baru bagi kita semua umat Islam ini, jadi, apa hajat tahun baru anda ini? tidak salahlah kiranya jikalau boleh kita sama-sama kongsikan bersama.
Insya-Allah, pada tahun hadapan ini, teman ingin lebih memahami apa sebenarnya dimaksudkan dengan kehidupan di dalam Islam ini, (seronok sebenarnya pabila kita semua betul-betul memahami apakah Islam itu sebenar-benarnya) puas sudah rasanya untuk diri teman ini dengan dunia ini, walaupun kadangkala teman masih lagi hanyut juga, cuma teman perlukan lebih berdoa untuk Hidayah dari Nya, =)
dan Alhamdulillah juga, untuk tahun sebelum ini, impian teman untuk lebih sukakan membaca, telahpun termakbul, walaupun kadang-kala kemalasan dalam diri tetap cuba menyelubungi diri,.. (hihi), memang benar, bangsa membaca sememangnya bangsa berjaya, buat adik-adikku semua, percayalah, dengan membaca, anda semua membuka minda anda untuk dunia ini, luasnya ilmu bagaikan langit, pabila berada di dalamnya, nafasmu bagaikan segar dan tidak ingin terhenti, dan kamu dipandang, bukannya terpandang,.. =)
~ salam muharram sekali lagi buat semua sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ini, segala silap dan salah, maaf teman harapkan diampun pada kalendar Islam yang mula melangkah pada tahun baru ini.
~ anakmanjoi ~ teman tertarik dengan kata-kata Dr.Fazley, (ini olahan daripada pemahaman teman terhadap apa yg diperkatakannya,) 'kita sering mengucapkan selamat tahun baru pabila tibanya tahun baru bagi tarikh masihi, tapi, tidakkah kita mengajak kebaikan dan juga mengucap salam tahun baru pabila bertukarnya tahun hijrah di dalam kalendar Islam?' mari kita bersama fikirkannya =)
Sabtu, 5 Disember 2009
kenduri dan kendara
teman baru sahaja selesai bersarapan pagi bersama-sama dengan atuk dan ibunda teman, selesai sahaja kami bersarapan, kami biasanya akan bersembang buat seketika. teman tertarik sebenarnya untuk berbicara mengenai apa yang diperkatakan oleh atuk teman, mengenai 'kenduri kendara', iya lah, zaman sekarang ini sebenarnya amat susah untuk kita memperlihatkan 'kendara' ini lagi, jika adapun, hanyalah sedikit, yang mana hanya dapat diperlihat di ceruk-ceruk kampung,
kendara ini boleh juga dikatakan mengenai semangat kejiranan dan persaudaraan sesama melayu itu sendiri. di waktu dahulunya, dikatakan oleh atuk teman sendiri, sebelum bermulanya acara kenduri, sehari sebelum itu telahpun ber'kendara' di rumah seseorang yang berkenduri itu. jiran-jiran, saudara-mara, akan berkumpul di rumah itu, (selalunya pada sehari sebelum, bagi saudara mara, ada juga yang telah berkampung seminggu sebelumnya), kaum-kaum wanita pada ketika itu, dikatakan datang ke rumah kenduri itu, dengan membawa sendiri peralatan-peralatan, seperti pisau dan kukur(kukur adalah salah satu alat untuk mengukur kelapa, selepas dikukur kelapa itu, dijadikan pula santan), boleh juga dikatakan, kemeriahannya adalah amat amat berbeza berbanding kenduri pada zaman ini.
pangsal dibina, kambing dikorbankan(selalunya pada hari kendara sahaja, untuk menjamu mereka-mereka yang datang membantu), dan sebagainya.
beginilah yang dikatakan mengenai kenduri-kendara, pada zaman kini, sebenarnya amat susah(?) untuk melihat suasana sebegini lagi, kerna kita disediakan dengan perkhidmatan katering dan sebagainya, yang memudahkan kita lagi, dan juga menjimatkan.
tapi, di manakah akan kita catatkan mengenai budaya kita ini yang kian lupus sebagai tatapan buat anak cucu? risau juga teman nanti, tikamana, pada zaman mendatang nanti, hilang pula perkataan 'kenduri' ini di dalam budaya kita. *berfikir sejenak*
~ teman pernah juga merasai suasana kendara ini sendiri, memang menyeronokkan dan menghiburkan, walaupun penat, tetapi penat itu akan hilang tikamana kita merasa puas dengan segala apa usaha yang kita lakukan itu. (teringat kenangan di taiping, hehehe =), seronok)
~Alhamdulillah, hari ini hari ahad, 6 disember 2009, Insya-Allah, esok (7hb) adalah harijadi along(kak long) teman, nurshifa fardiana, apa-apa pun, teman ingin menyampaikan salam hari jadi terlebih dahulu kepada along(semoga dapat kerja di Ipoh ini dan juga cepat kahwin ye, hehe), Alhamdulillah, kita semua telahpun diberi kesempatan untuk hidup selama mana panjangnya umur kita ini. Panjangnya kesyukuran teman terhadap Yang Maha Esa atas limpah kurnianya kepada kita selama ini, dan Insya-Allah juga, pada 10hb nanti, harijadi che'ye & abang aziz, 11hb pula harijadi sahabat teman, hafiz yahaya, dan pada 12hb adalah harijadi sahabat teman juga, encik faris roffa(hehehe,.. =P), pada 26hb, izzat. oh ya, harijadi teman juga pada bulan ini, Alhamdulillah, bersyukur juga teman kerana masih diberi kesempatan untuk hidup selama ini, dan juga diberi oleh-Nya kepada teman segala pengalaman hidup selama ini, yang teman lalui samada tika senang ataupun sukar. Alhamdulillah. =)
~ anakmanjoi~ membarakan diri itu, bagaikan menyiramnya air pada bunga, menanti setiap pagi, setiap detik memakan diri...
Jumaat, 20 November 2009
betapa hebatnya pengaruh televisyen.`
teman amat tertarik dengan cerita ini, pertamanya kerana dari segi penggambaran yang di ambil, setiap adegan yang diambil adalah amat kreatif, keduanya pula, adalah kerana dari jalan cerita yang dibawa. mengambil unsur-unsur Islam, dan membuka mata-mata mereka yang kadangkala buta untuk mengenali Islam, akhirnya akan terbuka untuk lebih mendalami agama yang sememangnya setiap masa di pangkuan kita sehari-harian.
Alhamdulillah, sebenarnya teman mendengar banyak pengaruh yang positif daripada mereka-mereka yang menonton drama ini. teman akan tersenyum sendirian ketika menonton, pabila teringatkan akan beberapa sahabat teman yang sudah mengenali pemakaian tudung sesudah mengikuti drama ini.
dan ada juga yang lebih cuba untuk mendalami dan memahami agama yang kita anuti ini. sesungguhnya, drama ini sememangnya membawa pangaruh yang kuat di dalam hidup teman dan juga sahabat-sahabat teman. Alhamdulillah, semoga Allah akan terus memberikan dan mengurniakan Hidayah Nya kepada kami untuk selama-lamanya, Insya-Allah.
~ Di sini, teman ingin mengesyorkan buat sahabat-sahabat yang mengikuti blog teman ini, sebuahkisah yang sememangnya wajib untuk ditonton. Kisahkanlah cereka-cereka positif di dalam cerita ini di dalam hidup kita. Insya-Allah. =)
~ anakmanjoi ~ aku mencari, dan terus mencari, biarpun aku di dalam gelita, aku percaya, cahaya itu tetap akan menyuluh aku, biarpun di persimpangan jalan jua. =)
Khamis, 19 November 2009
buli dan berjenaka banyak bezanya!
salah satu gambar sahabat teman ini, dikatakan telah diubahsuai oleh seseorang(dan teman tidak mengetahui siapakah orangnya..) dengan gaya yang mengaibkan dirinya. tetapi, teman mengetahui perkara ini terlalu lambat, dan teman hanya mengetahuinya hanya ketika teman menghabiskan kerja teman pada hari ini. dan , gambar itu juga telah dibuang oleh sahabat-sahabat teman yang lain, yang sememangnya mengetahui apa ertinya JENAKA, bukannya menjatuhkan MARUAH seseorang.
cubalah hormati sesama manusia, kita asyik bising, inginkan diri dihormati, INGINKAN DIRI DIHORMATI, tetapi diri sendiri tidak menghormati orang lain! fahamilah apa yang dimaksudkan dengan ayat ini, dan biarlah diri diselami dengan maksud kata-kata ini.
~ maaf, entri kali ini seolahnya teman sangat tidak berpuas hati, tapi, ini juga sebagai peringatan untuk diri teman juga. dan bagi sahabat-sahabat yang membaca ini juga, marilah sama-sama kita memperingati diri jua.
~anakmanjoi~ hati telah terlalu kosong untuk dipenuhi~
Sabtu, 14 November 2009
ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
waktu tu pula, ada lah sepasang anak beranak, si ibu dan anak lelakinya.
teman memandang pada mereka, wah, comel budak kecil ini. =)
kemudian, terkelu teman seketika, pabila budak kecil itu mula berkata-kata,
ayat yang terkeluar dari mulutnya semuanya tidak sedap untuk didengar di telinga, sambil itu, si anak itu turut mengomel mengenai air yang dijual di situ. wahh,..
tak habis dengan itu lagi, si ibu pun turut menyampuk, turut sama mengomel,..
wahh, bagaimana ajaran yang diberikan oleh si ibubapa ini untuk anak mereka? sememangnya, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
~ anakmanjoi ~ hmm, teman sebenarnya, semenjak daripada zaman persekolahan lagi amat risau, jika teman sendiri memiliki anak kecil, teman amat takut jika perangainya akan 'loqlaq', ohh,.... resahnya bila memikirkannya...
Khamis, 12 November 2009
gelora budayaku, ( selamat berjuang juga buat adik-adikku yang mengharungi SPM tahun ini)
teman tertarik untuk berbicara mengenai kejutan ini, kerana teman sendiri juga tidak dapat tidak untuk lari daripada terkena pada kejutan yang sememangnya akan mengumbang-ambingkan diri jika tiadanya persiapan diri ini.
kejutan budaya, boleh dikatakan, akan sentiasa berlaku di kota-kota, samada kota itu maju ataupun tidak, yang mana pabila seseorang hamba Tuhan yang kekampungan itu, penuh dengan adab dan sopannya, pabila menjejakkan kaki ke sebuah kota yang mana berubahnya cara pernafasannya, udaranya yang sememangnya tiada hentian bagi setiap arus yang mengalir, akan mula mengalir bersama, hanyut, tenggelam, di dalam satu dasar yang gelap, bagaikan tiada penghujungnya. biarpun kadangkala kaki itu bagaikan bergetar, tetap dibiarkan dirinya terus mengalir dan tenggelam.
tenggelam,..
dan terus tenggelam..
lupakah akan masa depan? ke mana hala tujunya? sanggupkah untuk sentiasa bergelap itu? tidak mahukah disuluhkan sedikit cahaya padanya?
kita sendiri yang sepatutnya memikirkan,
kenapa perlu untuk begini?
takut kita diketawakan pabila kita ini dilihat sebagai kekampungan? maaf, kadangkala mereka yang berada di bandar-bandar itu, cara hidup mereka itu lah identiti mereka, walaupun mereka sedari kecil lagi sebegitu, mereka tahu, yang mana satukah dikatakan hitam, yang mana satukah dikatakan sebagai putih. (sedangkan, mereka itu lebih berbangga jika membawakan identiti kekampungan itu sendiri)
*********
manusia-manusia kekampungan ini lah yang kadangkala merosakkan lagi hidup, dan budaya yang sedang dibina kala ini, pada mulanya hanya dicuba untuk menukar gaya yang selari dengan arus, tetapi, selepas selesa dengan segalanya, mereka mula pula mengikut segala kehendak nafsu dan syahwat dalam diri mereka, yang selama ini hanya terpendam, terkurung, yang dulu hanya bermandikan nasihat-nasihat dari orang-orang tuanya. bermula untuk menutupi diri dengan dugaan syaitan, syaitan itu pula mula mengurungi diri mereka.
sedarkah akan diri anda itu.
masa depanmu bukan hanya pada anak dan cucu-cicitmu,
tetapi selepas alam kehidupan ini,
jangan pula dilupakan alam perhitungan,
jangan tatkala kamu menangis, menyesali diri,
barulah kamu mengatakan pada dirimu, 'Oh Tuhan, Aku menyesal... aku menyesal dengan segala perbuatan ku ini, aku hanyut di dalam alam dunia mu itu, Oh Tuhan..'
Akalmu itu jangan diletak pada lututmu,
gunakanlah dengan sebaiknya,
tatkala diri sudah mulai matang, tiada siapa lagi untuk dipersalahkan. Menyalahkan Ibu Bapamu? Menyalahkan Guru-gurumu? Menyalahkan Masyarakat sekelilingmu? maaf... sedangkan akalmu itu telah mula dibina dan terbina tika memijaknya kakimu itu di bumi, tika itulah kamu mula diajar untuk mengenali dunia ini. Semuanya itu adalah dari dirimu, bukannya atas kehendak mereka-mereka yang berada di sekelilingmu.
Adik-adikku, percayailah, dunia ini bukannya sesuatu yang mudah untuk diharungi. tatkala kapalmu itu tidak kukuh, akan tenggelamlah kamu bersama-samanya, persiapkanlah dirimu untuk mengaharungi lautan yang bergelora ini, biarpun kamu seorang diri yang menahkhoda kapalmu itu, tika ada yakin dan percaya, bersama pegangan yang kuat di dalam dadamu itu, Insya-Allah, badai dan gelora yang menyekat perjalanmu itu juga yang akan mengalah pada mu suatu hari nanti.
~ selamat maju jaya buat semua adik-adikku yang akan mengharungi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Insya-Allah, segalanya akan berlalu dengan baik, selagi mana mempercayai akan diri, dan tidak dilupakan siapakah yang Maha Memberi dan Maha Mengetahui. =)
~ Anakmanjoi ~ teman juga kadangkala takut akan badai dan ombak yang mendampar pada diri ini, kerna diri teman tidak sesekeras batu di pantai, tetapi kadangkala hanya mengikut semula ombak itu ke lautan, bagaikan pasir-pasir yang ditarik sekeras-kerasnya itu.....
Isnin, 9 November 2009
fahamkah akan diri ini?
kita berkata-kata, tetapi tidak berfikir,
kita bertindak, tetapi tidak memahami.
tangan bergerak, hati tetap berdiri di belakang,
kaki melangkah, hati tertinggal di suatu sudut kesunyian,
sampai bila harus kita berkata tanpa memahami segalanya,
membuatkan diri seakan cerdik di dalam segala hal,
padahal hanyalah sampah di mata mereka yang memahami,
memperbodohkan diri, tanpa sedari diri hanyalah bahan gurauan,
berbangga akan diri 'ahh, mereka sebenarnya lah yang bodoh.'
tahukah apa maksudnya kata-kata itu?
melangkah dan terus melangkah,
tanpa memperdulikan segala nasihat yang diberi,
teguran daripada lembutnya lidah hingga ke kasarnya buku lima,
masih menebalkan otak yang tidak mahu menerima perubahan,
apakah ini yang dimaksudkan dengan mengatakan orang lain itu tidak memahami?
siapakah sebenarnya yang tidak memahami?
atau siapakah sebenarnya yang tidak merubah?
sampai bila hendak kemelut diri ini menyebulungi diri?
ego yang tidak pernah sudah,
sehinggakan bagai sebati dengan darahnya,
O, A, B atau OA
segalanya sama di dalam pemahaman diri,
kiranya tidak ingin berubah,
selagi itulah diri tidak berubah,
tidak sedar akan siapa diri ini?
cerminlah diri,
cermin bukanlah hanya sebuah sekeping kaca yang memantul,
tetapi cerminlah yang menunjukkan siapa diri ini,
samada dari segi dalaman ataupun luaran.
~ anakmanjoi~ diri memang suka memandang, tetapi bagaikan tidak suka untuk melihat. =)
Jumaat, 6 November 2009
solusi : panduan hidup bersyarat
di sini, teman mempromosikan sebuah majalah, " SOLUSI : panduan hidup bersyarat" di dalamnya banyak berbicara mengenai agama, dan pandangan-pandangan, di mana setiap perbincangan dan pandangan-pandangan yang diutarakan adalah amat mudah untuk difahami.
penulis-penulis di dalamnya juga bukanlah calang-calang orang yang menulis. Teman rasa bersyukur, kerna telah diperkenalkan majalah ini oleh salah seorang ibu saudara teman, yang mana lebih selesa untuk teman memanggilnya sebagai maksu, (terima kasih maksu =) ). walaupun agak lambat untuk teman mengenali buku ini, Insya-Allah, akan teman mencari semula segala keluaran yang sebelumnya sebagai koleksi dan rujukan teman.
~ Insya-Allah, buku ini akan menjadi sebuah koleksi yang betul-betul berharga, sebagai sebuah panduan hidup bersyarat, bagi semua yang ingin memahami cara hidup yang betul. =)
~ anakmanjoi~ "Orang yang berakhlak mulia akan dimuliakan orang. Orang lain sentiasa menghormati pendirian kita yang tegas. Akhlak yang mulia sepertinya sekuntum bunga. Baunya wangi dan semua orang suka menciumnya." -- Haji Muhammad Zakaria, Solusi isu13, ms 42-43. =)
Khamis, 5 November 2009
warna itu putih
putih itu nampaknya seakan berseri, dan menenangkan hati ~ anakmanjoi~ =)
Sabtu, 31 Oktober 2009
satu dua tiga empat
teman mula menjadi 'keras',
tidak pasti di mana silapnya,
sedangkan hati masih lagi terasa lembutnya,
ego terlalu menyelubungi diri,
sakitnya hati ini dirasakan,...
terlalu pedih,
adakah betul teman memilih jalan ini,
tetapi, teman percaya, tiada salahnya di dalam setiap tindakan,
pasti ada hikmah di sebaliknya,...
tangis dan tawa
semua orang menangis,
tapi segalanya ditutupi dengan senyuman,
segalanya ditutupi dengan tawa,
mari kembali,
kembali melihat siapa diri,
mari menangis,
menangis mengenal diri ini.
memang berat untuk bahu memikul,
~ anakmanjoi 2009
Selasa, 27 Oktober 2009
Al Hidayah Training & Development
Perhatian buat semua HTD (Al Hidayah Training & Development) famili dan team, dimaklumkan bahawa laman sosial myspace HTD telah digodam beberapa hari yang lalu. kami tidak dapat berbuat apa-apa setelah segalanya telah ditukar tanpa pengetahuan kami, termasuk telah dimasukkan gambar-gambar yang kurang menyenangkan. Kami ingin meminta maaf atas segala kesulitan yang dihadapi, dan Insya-Allah, kami akan menutup laman itu dengan atas kebenaran pihak myspace pada masa akan datang. kami juga mengharapkan agar dapat disebarkan makluman ini kepada rakan-rakan yang mengenali kami dengan secepat yang mungkin agar tidak ada salah faham yang berlaku. harap maklum dan terima kasih.
~ HTD grafik team, 27 Oktober 2009~
~ anakmanjoi~ dunia siber memang banyak penggodam yang bermasalah, amat menyusahkan.. ciss~
Ahad, 25 Oktober 2009
Ibu, dunia apakah yang kita jejaki ini?
Sambil mengelilingi ibunya yang teguh berdiri,
Mereka memerhati sekeliling,
Dan mereka bertanya,
‘Ibu, apakah dunia yang sering dibicarakan
oleh manusia-manusia ini?’
‘mereka merasakan mereka berbicara tentang
Dunia,
Tetapi sebenarnya mereka mengumpul akhirat
Mereka,
Mereka merasakan diri mereka sempurna,
Tetapi mereka tidak sedar mereka hanyalah
tampalan dunia semata,
sedarlah anakku, dunia sebenarnya membawa
kepada akhirat, dan akhirat itu
kekal selamanya,’
‘mengapa masih ramai tidak memahaminya?’
‘mata mereka itu cerah, tetapi gelap
di baliknya, tertutup dari menyinari hatinya,
tertutup untuk menerangi rohnya,
mereka cerdik di kalangan manusia,
tetapi sebenarnya bodoh di balik wajahnya,
mereka mencari kekenyangan di dunia,
tetapi mereka lupa untuk bekalan di hari kemudian,
terkadang mereka lupa siapa Pencipta,
siapa yang DICIPTA,
di situlah sebenarnya mata mereka tertutup,
tanpa paksaan, hanyalah relaan,’
~ anakmanjoi ~ teman sendiri kadang terkelu dengan diri sendiri, teman juga sering terlupa siapa diri teman ini, dan rasanya,…..
Teman bagaikan tidak mengenal diri ini sendiri lagi, hati sering gusar,…
perlukan ketenangan,.. Insya-Allah… -__-
211009 – 20:30:52
Selasa, 13 Oktober 2009
akulah yang memimpin
Pabila dirasakan hanya dirinya sahaja yang
boleh memimpin,
tika riak mula memijak muka,
tika angkuh mula berdiri dengan sendirinya,
memandang manusia lain seperti
lipas-lipas yang kebodohan akal fikiran,
merasakan diri itu, ‘Tuhan memilih aku
hanya untuk memimpin,
apalah ada daya mereka yang lain?’
Lepaskanlah,
tika terasa diri mula melupai bumi,
sedikit demi sedikit,
untuk tidak melupai siapa sebenarnya diri ini,
‘Pemimpin yang sebenarnya berjiwa memimpin,
Bukannya pemimpin yang berwajah kosong dan takbur
membasahi muka’.
..................................
maaf semua yang pernah teman lukakan, yang mana hanya dengan memandang kome semua seperti menghina, maaf ~anakmanjoi~
Ahad, 4 Oktober 2009
emas atau batu
Aku sedar, langkahku cuba mendekati cahaya itu,
Aku sedar, cahaya itu sering bersinar di hadapanku,
Petunjuk sering diberi, kerna aku juga insan milik-Nya,
Tetapi kegelapan dibelakangku tetap juga mengekoriku,
Pada saat tertentu, aku tetap jua berpaling,
Berpaling dan berlari ke arah legapnya bayang itu,
Aku tidak munculkan diriku,
Tetapi cahaya itu tetap menarikku,
Menarikku untuk disinari,
Untuk aku sedar akan tubuhku ini masih
teralir darah dari kepala hingga ke kaki,
di setiap pertengahannya itu,
aku menangis,
aku menangis,
aku menangis,
aku menangis,
mana satukah arah air mataku bercucuran jatuh?
~ anakmanjoi - 04102009 – 23:23:32
~ p*k*m*k kau, b*b*, anj**g! ~ maaf, bahasa ini kasar, tetapi mempunyai maksud di dalam coretan teman ini,…
Isnin, 14 September 2009
kad raya
Insya-Allah, umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi sahaja.
Sebenarnya, teman hanya ingin menulis mengenai kiriman kad raya yang teman terima hari ini. Teman sebenarnya agak terkejut juga, disangkakan siapalah yang ingin menghantar kad raya pada teman, pabila dibelek-belek di belakang sampul, tertulis nama si pengirim. Tersimpul sebuah senyuman di bibir teman,
Kad itu datangnya dari sahabat baik teman ketika zaman persekolahan lagi, dan Alhamdulillah, dan Insya-Allah, hingga kini. Terima kasih kerana masih mengingati teman yang kadang-kala hanyut juga dibuai ombak duniawi ini. Teman pernah juga cuba untuk menghubunginya, tetapi ketika itu, panggilan itu tidak dapat dijawab, mungkin kerana sibuk, kerana sahabat teman itu juga mengajar agama pada sebelah malamnya, tidak kurang juga sebagai pekerja kerajaan di siang hari.
Terima kasih juga pada mereka-mereka yang mengirim kad-kad ucapan, dan juga ucapan-ucapan melalui khidmat pesanan ringkas. Teman akan cuba juga membalas segala ucapan-ucapan yang telah teman terima itu. Terima kasih semua.
~ teringat akan kata-kata sahabat teman itu beberapa tahun dahulu, ‘ hidup pasti kan bertemu cinta, dan cinta itu tidak hanya pada maksud yang satu sahaja, fahami akannya, pasti kita akan mengenali diri…..’ ~ terbaca surat yang lama,… hehe =)
~ anakmanjoi 2009~
Sabtu, 5 September 2009
bicaralah hati, berkatalah jiwa
Di sebalik soalan-soalan itu, teman tahu, sebenarnya sahabat-sahabat teman risau akan perjalanan hidup teman. Maaf ya sahabat-sahabatku. Teman bukannya ada apa-apa untuk dirahsiakan, apatah lagi untuk dipertontonkan. Bagi teman sebenarnya, kasih dan cinta itu satu ungkapan dan perasaan yang tidak boleh untuk dimain-mainkan, jika benar adanya kasih itu, kita membawanya ke arah satu perjalanan yang kekal, dan tidak hanya semata-mata untuk mengikuti peredaran zaman yang sememangnya telah menjadi terlalu pantas buat kita kini.
Untuk pengekalan diri itu pula, kita tidak semestinya hanya dengan bermain kata-kata dan tontonan diri di depan mata-mata manusia dengan tidak kena pada caranya. Kerana itu adanya perkahwinan. Bagi teman, Insya-Allah, kasih dan cinta teman hanya terungkai pabila adanya satu pertalian yang sebenar-benarnya diakui dan terjalin antara keluarga-keluarga yang tidak pernah berhubungan langsung, hanya dengan satu perikatan itulah kita menjadi satu bentuk hati yang besar antara saudara-saudara kita ini.
Teman bukanlah seorang yang alim, dan tidaklah terlalu masak di dalam kehidupan dunia ini lagi, masih lagi cuba untuk meranumkan diri lagi. Cuma, Alhamdulillah, teman telahpun ditanamkan satu pemahaman dan pengertian kehidupan dalam diri ini.
Dan juga, kiranya ada kasih teman pada seseorang yang bernama wanita, Insya-Allah, teman tidak semestinya akan menyorokkannya di kalangan kenalan-kenalan teman ini, kerna dengan itu tidak adanya satu persoalan yang akan bermain lagi di fikiran-fikiran, sehingga terbitnya pemikiran negatif-negatif, hanya pabila adanya satu perikatan yang sah pada diri teman ini. =)
Tidak dilupakan juga, teman juga telah cuba mengaturkan hidup teman untuk bila tiba ‘masa’nya, dan waktu yang sesuai juga.
Maaf buat sahabat-sahabat teman yang sering penat untuk memikirkan tentang diri teman ini, dan terima kasih juga teman ucapkan pada anda semua.\
Teman masih mempunyai cita-cita dan juga impian, dan juga keluarga serta rakan-rakan yang disayangi.
~ anakmanjoi, cereka diri yang kadang-kala penat juga untuk teman huraikan,.. =)
(mereka kata, ini entri emo? Yakah? Bukankah ini maksudnya untuk memperbaiki diri lagi? Hmmm,… harap-harap terungkai persoalan kome ye,..) =P
Ahad, 30 Ogos 2009
Merdeka, Merdeka, Merdeka ~2009
Di dalam kesedaran kita yang nipis ini, Negara Malaysia telahpun menyambut hari Kemerdekaan yang ke-52. Bebas dari penjajahan yang zahir.
Teman sebenarnya tak mahu untuk menulis panjang mengenai ‘apa itu maksud kemerdekaan’, ‘penghayatan kemerdekaan’ dan semua itu, kerna teman tahu, yang kebanyakan kita semua ini telahpun membaca semua artikel-artikel seperti ini di akhbar-akhbar, yang mana setiap tahunnya akan mengeluarkan info-info mengenai kemerdekaan Negara Malaysia. :)
Teman sebenarnya tertarik dengan iklan Petronas yang ditayangkan semula di kaca Televisyen tahun ini, mengenai ‘apa itu maksud bantu’ – seorang anak yang cacat dari kecil, dan hidupnya bergantung pada ‘kaki bantuan’, sehinggalah umurnya dan kakinya itu memamah usia saban tahun. Semuanya mereka berkongsi bersama.
Tetapi, apa yang betul-betul menarik perhatian teman ialah, apa yang diperkatakan pada akhir iklan ini, “ Jalan mesti ke depan, bukan ke belakang,”. Perkataan ini juga sering diucapkan oleh cikgu teman satu ketika dahulu, paksu(afaa), yang mana sering beliau menerangkan apa yang perlu kita fahami apa yang sebenarnya iklan ini mahu sampaikan. Alhamdulillah, teman sudah sedikit memahami apa yang ingin disampaikan setelah memijak bumi luar ini, dan juga bersama usia yang kian meningkat.
Di sini, ada teman sertakan sekali iklan itu yang teman cari di Youtube.com, sama-sama kita menghayati Kemerdekaan yang ke-52 ini, dan juga Selamat Berpuasa buat semua muslim di seluruh dunia.
~ anakmanjoi, Selamat Hari Lahir juga buat anak saudara teman, Ahmad Arif Azamuddin bin Anuar, yang menyambut hari lahirnya pada 31 Ogos. Semoga memahami akan ertinya dunia di masa mendatang. Salam Kemerdekaan. :)
Rabu, 26 Ogos 2009
Ramadhan Al-Mubarak
Teman ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak buat semua rakan-rakan teman yang membaca ruangan teman ini. Terima kasih bagi semua yang sentiasa menyokong teman selama ini.
Ucapan ini khas buat rakan blogger teman iaitu, paksu, ibnali, cieri, dina dan rakan-rakan yang lain. Selamat menjalani ibadah puasa dengan hati yang ikhlas, amin.
~ buat ibnali a.k.a Q – anta nak pegi mesir tuh nanti, jangan pula buat2 lupa orang disini ye, hehehehe,,….. Insya-Allah, kami doakan yang terbaik buat anta, dan kalau nak kahwin nanti, hantar kad pada kami ye, oh ye, kawin kat Malaysia je la ye, walaupun kat sana nanti memang murah.. (heheh) :)
~ anakmanjoi (dah lama tak pakai ayat ganti ‘ana’, ‘anta/anti’.. :) )
Selasa, 28 Julai 2009
nidji - laskar pelangi
mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warna bintang di jiwa
reff:
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
laskar pelangi takkan terikat waktu
Ahad, 26 Julai 2009
lilin putih
Dipuncak menara putih itu memakan dirinya sendiri,
Likat membakar sedikit demi sedikit,
Hanya untuk menerangi mata ketakutan di sekelilingnya,
Memberi keberanian untuk mereka berlangkah,
Sedangkan dirinya pedih dimamah apinya sendiri,
Cairan mengalir tepian tidak dihiraukan,
Sehingga terhapus dirinya,
Barulah mata-mata itu mula menangisi kekosongan
yang gelita itu,
Setelah cahaya sedetik itu,
Lenyap bersama sinarannya itu.
…………
Kita tidak sedar, di kalangan kita sebenarnya akan ada manusia yang akan menyembunyikan segala resahnya, segala dukanya, hanya untuk menggembirakan diri orang lain. Biarpun dirinya mengetahui semuanya itu akan memakan semula dirinya, dia tidak kisah, asalkan senyuman terukir di tiap kelilingnya.
Segala dukanya, di tutupi dengan simpulan senyuman yang nipis, cuba untuk menonjolkannya, di samping itu menyembunyikan segala resah di dadanya.
~ anakmanjoi ~ lilin putih =)
apa ada pada nama
" Ramai yang tidak nampak dalam pemilihan nama, ramai yang ikut sedap kata, keinginan yang berlegar di kepala, sedap telinga mendengar tetapi tidak tahu maksud yang tersirat atau tentang apa akan terjadi jika tersilap memilih nama. Diulangi sekali lagi bahawa setiap kata-kata adalah doa. Begitulah juga seperti kita atau seperti manusia lain sebelum dilahirkan ke dunia, ibu bapa sudah bersiap mencari nama yang cantik, nama yang ada makna, nama yang indah atau maksud yang membawa kebaikan kepada diri kita. Berjilid-jilid buku tentang nama-nama anak dibeli, bertanyakan kepada kawan yang mempunyai selok-belok agama, dan tiada ibu bapa yang sanggup meletakkan nama anak mereka yang tidak baik, menjadi bahan kutukan, atau mempunyai nasib malang.
Jika berhajat mahu anak yang hafal Al-Quran atau bijak menghafal, anak itu dinamakan Hafiz atau jika berhajat anak itu cantik, dinamakan Aishah. Walaupun bila anda sudah besar, sudah ada nama panggilan yang ganas, nama yang manja, nama yang buruk, tetapi nama itu tidak akan berubah semasa nama anda disebut ketika talkin dibaca dan ia tetap nama yang diberi oleh ibu bapa. Betapa pentingnya erti atau maksud di sebalik nama bagi seseorang yang bernama manusia."
........................
~ kredit penulisan di atas kepada 'Zam Shah Rizal' , ruangan tumbok rusok, majalah ROTTW (Malaysia's Premier Music Magazine), isu 149.
~ gambar -anakmanjoi
..........................
Sabtu, 25 Julai 2009
mewarnai pelangi
Aku sentiasa cuba mewarnakannya semula,
Agar indah dilihat tika gembira,
Agar indah dipandang tika duka,
Seperti azam di hati ini,
Mencari di mana hilangnya keamanan ini,
Di dalam gelitanya bumi ini,
Mencari di mana cinta ini,
Di dalam senyapnya diri ini,
Mencari di mana putihnya warna,
Di dalam pekat hitam ini,
Mencari di mana kasih-Nya,
Di dalam sinar mata ini,
Indahnya warna pelangi ini,
Indah dipandang bersama cinta,
Indah dipandang bersama kasih dari-Nya,
Indahnya warna pelangi ini,
Yang hanya dicari tika ini,
Mencari tanpa pandangan hati.
……………
Anakmanjoi =)
Sabtu, 11 Julai 2009
Tinggi si kelapa bali
Tapi, satu hari itu, teman tersedar yang kadang-kala ego kita itu datang tidak diundang, dan cuba untuk menyaluti diri.
Hasil kerja teman telah di kritik oleh junior teman, yang mana teman agak memandang tinggi pada bakat yang ada pada dirinya. Entah kenapa ketika itu, teman merasakan yang segala kritikan dia itu seolah-olah ingin melemahkan semangat teman, dan dia juga seolah-olah cuba untuk berbangga dengan hasil kerjanya. Teman cuba juga untuk membidas kritikannya, tetapi apa yang dikatakannya itu sebenarnya betul belaka.
Seharian juga teman memikirkannya, dan akhirnya teman berterima kasih juga kepadanya atas kritikannya yang ikhlas (ikhlas ke? Hehehe..). tidak sedar rupanya ego teman juga seakan-akan menenggelamkan diri teman ni.
~ anakmanjoi ~ teman akan cuba memperbaiki diri ini lagi.. =D
Khamis, 9 Julai 2009
tiket untuk berlepas
Sepertimana kata ‘paksu’, ya, teman masih lagi memanaskan enjin kapal terbang ini… dan teman sedang cuba untuk berlepas, yang mana roda pesawat itu masih belum tersimpan lagi. Teman tersedar dari ego yang terlekat di badan pesawat itu, yang tidak dicuci bertahun rasanya, yang mana teman mempercayai teman telahpun melewati udara dan berada di penghujung dunia, yang mana membuatkan teman seperti tidak mempercayai akan masa depan teman.
Alhamdulillah, teman akan mula untuk bekerja sebagai seorang ‘trainee animator’ pada permulaan bulan ogos ini nanti. Doakan teman untuk cuba berlepas dan melepasi awan biru itu. Terima kasih. =)
~ masih ada banyak hentian untuk membaiki pesawat kita ini, di mana kita tidak sedar perhentian itu yang kadang-kala dikaburi oleh kabus-kabus yang menutupi pandangan mata ini, dan Insya-Allah, selagi kita berpegang akan pegangan kita, kabus-kabus itu tidak akan terlawan dengan pandangan dan pegangan diri kita ini.
~anakmanjoi =)
Sabtu, 27 Jun 2009
mati itu pertunangan yang pasti~
~'mati itu pertunangan yang pasti~ maaf, ini bukan ayat dari teman sendiri, diilhamkan dari 'pak teh ramli' dari buku seni beladiri,.... terima kasih =)
~ renungan~
TANDA 40 HARI
waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah
bijak
forward this buletin...may ALLAH SWT
bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita
.............................
~ renungan yang teman terima dari kawan internet teman,.. terima kasih sahabat,... mari kita bersama2 mengingati sesama kita,...
~ anakmanjoi =) * hati yang sirna itu, cuba untuk disuluh kembali, biarpun oleh pelita lilin sendiri.*
Jumaat, 26 Jun 2009
ini kosong
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~ kosong entri teman ni.... seronok ke? teman rasa macam ada benda yang hilang,... tapi, tak tau apa dia,.. hmmm,...
~ anakmanjoi ~ mata itu buta, hati itu sirna ~
Isnin, 22 Jun 2009
itu.aku.03
Alhamdulillah, sedar tak sedar, langkah kaki teman telah melangkah selangkah kehadapan, tanpa mengharap untuk mengundur, tetapi tidak dilupakan apa yang berada di belakang juga. Sedang teman menonton cerita di youtube, teman tersedar, masa tak akan cuba berulang semula. apa yang ada di belakang kita dahulu, hanya boleh untuk di simpan di kotak memori, sambil di susun bersama-sama cerita seharian yang baru untuk kita berkongsi. Zaman persekolahan sememangnya satu zaman yang penuh ceria, di mana kita semua masih mencari diri sendiri yang sebenar, sambil cuba untuk meniru segala kelakuan mereka yang seperti idola pada kita. teman juga antara yang tidak terkecuali.
tamat zaman persekolahan, kita cuba mencari arah tuju perjalanan hidup yang tidak pasti, dengan cabaran di alam yang serba baru. jika tidak berhati-hati, padah menanti di hadapan yang menghalang jalan kejayaan kita. kita cuba mencari, bersama sokongan keluarga, samada secara sedar ataupun tidak. teman pernah seperti kecewa dengan hidup, tapi, Alhamdulillah, bersama doa-doa yang memimpin teman ke jalan yang bercahaya, teman cuba untuk melupakan kegelapan semalam.
peringkat keremajaan di alam universiti/kolej, kita cuba untuk menyerlahkan diri. cuba untuk menjadi matang, walaupun pengaruhan semasa tidak dapat ditepis lagi. cuba untuk menonjol di kalangan rakan-rakan, ataupun menjadi batu pendiam di kalangan manusia sekeliling. itulah kita. kita yang melihat, kita yang memahami, kita juga yang memilih.
alam pekerjaan, kita sedari masa seperti tidak mahu menghentikan kita. cuba bergerak secara pantas, cuba untuk mengejar segala-galanya. untuk bekalan di dunia, tidak dilupakan juga karungan bersama di bawa ke akhirat.
.........................................
~ terima kasih kepada sahabat2, ibu bapa teman, serta mereka yang mengenali teman. terima kasih dengan bekalan doa yang membawa teman ke arah sinaran.
~ anakmanjoi =)
Ahad, 21 Jun 2009
itu.aku.02
di sekolah dulu, teman suka untuk memerhati di luar tingkap dari kelas teman ( teman duduk betul-betul di sebelah tingkap di kelas teman---> tempat terbaik untuk dapat angin yang best untuk tidur.. hehe) . dari dulu, teman suka untuk melihat gunung 'sejemput' di sebelah kanan bangunan sekolah, dan lombong yang luas di sebelah kiri sekolah teman. sekolah teman betul-betul berdekatan dengan gunung ( dan tokong cina ). di sebelah meja teman, juga seorang sahabat teman, yang betul-betul 'kaki tidur', hehehee,.... bagus sangat la tu, dua-dua kaki tidur. ( dan juga kaki conteng meja sekolah.. =D) tapi, sahabat teman ni, walaupun dalam lena dia, otak die cepat untuk menangkap apa-sahaja yang diajar oleh guru-guru. tak taulah die buat macamana... kadang-kadang teman cuba juga untuk mencuba cara dia, tapi, tak berhasil,... hahahaa,.... lain orang, lain caranya...
Alhamdulillah, kami berdua masih bersahabat sehingga sekarang, walaupun kadang-kala terpaksa senyap untuk seketika ( sebab kawan teman ni belajarnya di penang). Seronok bila dia balik, kami akan bersembang, bercerita mengenai pengalaman masing-masing. sebenarnya, akan lagi meriah bila ramai lagi sahabat2 lama kelas teman bersama, kami akan selalu bersembang sampai tidak merasa masa berlalu pergi, bersama kesejukan angin yang melalui diri kami. bersembang, senyap seketika, sambung bicara kembali,... dan sebak bila terpaksa memahami masa mencemburui kami semua,....
...................................
anak-anak masa,
mencari memori di dalam nyata,
tanpa terlihat akan diri kaku,
bersama diri yang berdiri menunggu,
akan maksud yang meninggal diri,
akan maksud yang membawa pergi.
................
~ anakmanjoi =)
Rabu, 17 Jun 2009
bulan Rejab
Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibril as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan so lat malam satu tahun."
p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara
~ macam biasalah, nih pun teman amik dari e-mel kawan teman, ntuk renungan bersama ~ anakmanjoi~ =D
Sabtu, 13 Jun 2009
ketika cinta bertasbih
satu lagi filem dari Indonesia, tertarik teman dengan design posternya. walaupun jalan ceritanya belum teman pasti lagi, heheh,... khabarnya, cerita ini dari novel terlaris, dan lakonannya di mesir( berdasarkan trailer yang teman lihat di youtube.)
~ teringat pula teman akan cerita 'ayat-ayat cinta', dengarnya, cerita ni cuba untuk melawan cerita ayat-ayat cinta,...
~ teman tak sabar nak tengok cerita 'syurga cinta', dengarnya ceritanya memang 'thumbs up'... bayangkanlah, adik teman dengan kawan dia menangis dalam wayang sewaktu melihat cerita ni,.. heheh
~ anakmanjoi ~ teman :: sama erti dengan 'aku, saya'... loghat perak,.. teman cube untuk memperkasakan bahasa negeri teman sendiri,.. moh semua, gunakan bahasa ibunda kita,.. =D
Sabtu, 30 Mei 2009
aku si pemakai jeans
apa pandangan anda mengenai seluar jeans?
* si pemakai adalah seorang yang selekeh.
* si pemakai adalah seorang yang tidak mempunyai ilmu di dada,
* si pemakai adalah sama tarafnya dengan golongan bawahan.
* si pemakainya juga adalah seorang yang tidak memahami hal-hal agama, jadi, jangan dilayan mereka seperti itu.
* si pemakai adalah seorang yang sosial, tidak sama tarafnya dengan mereka yang berilmu, 'beriman', serta dipandang tinggi di sisi 'orang2 agama'.
* si pemakai sebenarnya adalah dari golongan yang tidak mempunyai wang yang mencukupi, atau dengan kata lainnya, miskin,.....
.........................................
~ kenapa perlu jadi begini pandangan kita? satu* semua pemakainya sememangnya sebegitu, tetapi tidak semua,... dua* semua pemakainya selalunya tidak menghormati mana2 majlis yang sepatutnya mengikut cara pemakaian yang diberi, tetapi, tidak semuanya begitu,....
~ apa2pun, semuanya terpulang pada diri kita, niat kita, dan apa yang ingin kita 'tunjukkan'....
~ anakmanjoi ~ sakit kepala dan seperti kosong di dalam diri.~
Isnin, 25 Mei 2009
.mawar putih.
Memerhati indah kehitaman baying,
Mendongak mencari cahaya,
Simpulan senyuman cuba mengganti muram di muka,
Manusia adalah manusia,
Kuat semangatnya pada hidup,
Dipandang tinggi, diangkat darjatnya,
Jangan dilupa, manusia itu tetap manusia,
Mempunyai diri,
Mempunyai hati,
Tidak kebal pada perasaan dirinya,
Tangisan cuba diganti senyuman,
Kerana takut sekelilingnya gusar,
Sakit dirinya diganti senyuman,
Kerana takut sekelilingnya duka,
Cuba menyerikan kehidupan sekelilingnya,
Untuk dihadiahkan sebuah senyuman ikhlas hatinya,
Itulah cereka si mawar putih,
Cuba untuk indah dipandang rupa nya,
Biarpun warna itu sebenarnya menyakitkan,..
~ manusia bukanlah watak komik yang tidak mempunyai hati, bukanlah watak komik yang sentiasa menang, dan bukanlah watak komik yang tidak terasa kesakitan
~ anakmanjoi =)
Sabtu, 23 Mei 2009
hati
Selasa, 19 Mei 2009
renungan bersama 02
~ e-mel dari sahabatku, terpinga juga tika aku membacanya,... terasa akan diri aku di dalam 'diri'.. mari kita bersama berkongsi renungan ini,....
***
Sgguhnya jika Allah S.W.T mencintai hambaNya maka Dia akn tenggelamkn hambanya itu dalam dugaan dan ujian..barangsiapa yg tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh drpd kasih sayang dan rahmatnya..mana tahu yg diam itu krn zikir kpd Allah,mana tahu yg senyum itu krn sedeqah,mana tahu yg sedih itu krn mengenangkan dosa dan mana tahu yg ceria itu krn bersih hati dan mindanya. Pahit manis dlm memikul tanggungjawab dan amanah Allah ini terkadang memberi jalan untuk mendapat kemanisan yg tiada terhingga..walaupun yg dtg..air mata sering bertandang..."
*************************
Sesiapa yang mengutamakan akhiratnya, Allah akan memelihara urusannya dan memurahkan hatinya, sehingga dunia dan kemewahannya datang bergolek tanpa dikejar. Dan sesiapa yang mengutamakan dunianya, Allah akan memporak-perandakan urusannya serta ditampakkan kepapaan di hadapan matanya, sedangkan dunia dan kemewahannya tidak akan mendatanginya, melainkan sekadar apa yang ditentukan Tuhan saja" (Riwayat Tarmizi).Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah(bakhil lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan apabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil Al-Ma'arij: 19-21
**************************
Janganlah Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya.... Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya.... Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya.... Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya.... Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna.......moga kejayaan milik kita bersama
*******
~ tertarik akan entri no 2-3 di atas,... Insya-Allah, aku berkawan untuk berkawan, dan aku juga seorang manusia biasa, moga ditunjukkan jalan olehNya kepada kita sentiasa,.. ~ anakmanjoi =)
Rabu, 22 April 2009
itu.aku.
pengawas sekolah : lagu sekolah,... 1,2,3,...
'Al-Hidayah tempat menimba ilmu,
membentuk peribadi yang sejati,
ilmu, iman, ihsan diganding sekali,
amal menjadi bukti,...
bagai cahaya terang yang menyinar, menyuluh jalan kehidupan,
memberikan satu pengharapan, umat yang dalam kelesuan,...
maju teruslah hidayah maju, demi generasi mu yang baru,
usaha tanpa kenal pada jemu,
bekerja, berganding, bahu,...'
selepas itu, ucapan 'biasa' daripada guru disiplin, dan kemudiannya diikuti oleh 'ceramah' yang amat 'ringkas' daripada pengetua,... dan tidak terlupa juga sedikit 'nasihat' dari guru2 yang lain,..
20 minit, masa untuk bersedia bagi kami untuk masuk ke dalam kelas, bersiap2 untuk kelas hafazan al-quran selama 1 jam? ( tak ingat,..), dan seperti biasa juga lah, aku 'terpaksa' untuk berdiri di luar kelas, bersama 3 orang lagi rakan2ku,... kenapa? biasa lah, kami ini 'terlalu cerdik' untuk menghafal,... dan sememangnya aku dulu terlalu banyak dan suka bermain sewaktu di dalam pembelajaran,...
di dalam seminggu, akan ada dua masa pelajaran yang sememangnya di tunggu-tunggu aku, iaitu kelas pendidikan seni dan juga sains. pendidikan seni di sekolahku dibuat di dalam bilik kemahiran hidup, kerana kami kekurangan kelas, dan sememangnya sekolah kami hanyalah sekolah swasta yang masih lagi 'baru?'mencuba berdiri di dunia ini.
di dalam bilik kemahiran hidup, kami suka untuk mengambil segala bahan buangan kayu yang tidak dipakai lagi, dan hasil kreativiti masing2, maka terciptalah senjata2 yang diilhamkan dari permainan 'counter strike',..... kelas seni atau kemahiran hidup? apa perlu dikisahkan, kedu2nya memrlukan kesenian dan kreativiti untuk mencipta,... dan bila diketahui oleh mereka pelajar2 yang 'baik', maka sedikit ter'kantoi' lah kami,.... hanya bebelan dari guru kemahiran hidup, yang bagaikan tidak mahu berhenti percakapannya,....
~~~~~~~
Selasa, 7 April 2009
renungan bersama 01
ini bukan entri 'asal' dari aku, cuma mengambil daripada e-mel salah seorang rakanku,... mari kita renungkan bersama,.... apa adanya di dalam Islam yang tidak kita sedari,.. =)
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
Wassalam.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
Wallahu'alam.
Hamlyn M.D.
~ anakmanjoi ~ Islam itu sememangnya indah,... dan selalunya tidak pernah terfikir kita akan keajaiabnnya,... =)
Isnin, 6 April 2009
Bersama hariku mencari cahaya esok menjelma,..
dan, ada seseorang yang aku kenali semenjak aku memasuki bangku sekolah ku dahulu, tidak perlu meluahkan kata-kata, hanya berjumpa, dan bersembang dengannya, sememangnya seperti beliau memahami apa yang aku perlukan tika itu. kerna beliau juga, aku seperti terbuka fikiranku untuk dunia, tidak terlalu sempit, dan tidak sepertinya terlalu luas. Beliau juga memperkenalkan aku akan erti 'cita-cita'. Terima kasih guruku, Jasamu akan ku cuba kenang sehingga pada anak cucuku.....
sebenarnya, tika ini, aku seperti mahukan tiada sesiapa untuk suka berkawan denganku. kenapa? supaya tika perginya aku dari dunia ini kelak, tiada sesiapa mengiringi pemergianku dengan tangisan. Tapi, jika aku tiadanya 'persahabatan', apa ertinya aku untuk bergelak tawa di dalam hidup ini? (Ya Tuhanku, tidaknya aku tidak mensyukuri nikmat-Mu ini,,...... Maafkan aku,... aku sememangnya insan yang lemah, Hanya pada-Mu aku memohon segalaNya...)
~ Mendoakan diri supaya dikembalikan semangat itu, untuk meneruskan hidup yang masih panjang ini, bersama titisan2 air mata seperti yang tergantung pada kelopak mataku hanya kerana aku ini 'lelaki'.
~ anakmanjoi~ maaf semua,... entri ini sepertinya tidak bisa untuk difikirkan bersama,..
Sabtu, 4 April 2009
air mata batu
kadangkala, mengalir juga air dari mata ini,
memikirkan diri, memikirkan hati,
bergema nadi-nadi ini,
takutkan akan diri,
takutkan masa yang kian berlalu,
tanpa pedulikan tapak-tapak tinggalan,
tanpa pedulikan kesan-kesan akaran,
bersama cahaya yang sirna,
cuba untuk percaya padanya,
menerangi alam, tanpa ada cacat celanya,
bolehkah ianya bersinar semula?
~ kita semestinya takut untuk kembali ke 'kegelapan', yang sememangnya telah menutupi pandangan mata menuju ke hadapan, yang sentiasa menghantui bayang-bayang, tanpa hilang akan kesannya, sentiasa cuba menutupi bersama warna hitamnya itu,... mencari sinar yang sirna, cuba mencipta diri, untuk percayakan diri sendiri, setelah diri di kelilingi mereka yang bersama-sama separuh kegelapan itu,...
menangis juga diri akan kehidupan, walau kadang kala hanya tangisan bersama ketawa, tanpa sedari akan kesannya,..
~ anakmanjoi ~ cuba berdansa hingga ke angkasa.. (ini lagu.. hehe)
menara
dari bawah aku memerhati menara itu,
membisu, dan mendiamkan gerak tubuhku,
berkali aku memandangnya,
keesokan harinya, dan kemudian harinya,
tetap aku cuba mendongak,
tanpa sedari sekelilingku juga membatu,
memerhati menara itu,
tanpa bersuara, semuanya berkata,
berkata melalui renungan,
berkata melalui senyuman,
'adakah itu menara aku?'
'atau adakah boleh kami bersama untuk menara itu?'
~ memerhati sekeliling, seringkali membuahkan fikiran yang masak, yang kadangkala manis hasilnya, dan juga busuk hasilnya. setakat mana kita berfikir untuk masyarakat kita?
~ anakmanjoi~ bersama kehidupan yang sepertinya cuba membisu,....
Sabtu, 28 Mac 2009
bicara si bisu
semalam, sedang aku merehatkan diri di kedai mamak seorang diri, sambil mendendangkan telinga dengan bunyian2 hujan, beserta angin-angin dingin bertiup, aku tertarik terhadap sekumpulan orang di hadapan aku. mereka sungguh asyik bersembang, tetapi bukannya berkata-kata, hanya 'berbahasa tangan dan mata'.
kebanyakan dari mereka berkemungkinan pekak ataupun bisu. kerana mereka asyik berisyarat sesama mereka. aku teringin juga cuba memahami apa yang mereka bualkan, tapi, sememangnya itu bukannya sesuatu yang mudah untuk aku fahami.
apa yang tertarik pada aku, ialah cara mereka untuk berkomunikasi. mereka perlu menumpukan 'sepenuh perhatian' pada seseorang apabila 'berkata-kata', dan pandangan mereka seharusnya terus ke mata. sememangnya itulah cara untuk berbicara bersama rakan-rakan, di mana tiap perhatian kita tumpukan pada mereka, dan ini sememangnya akan mengeratkan lagi perhubungan sesama sendiri,...
~ tak tahu apa yang ingin aku bualkan, cuma sekadar catatan aku pada cereka dunia keliling aku ini,... maaf,.
~ anakmanjoi =P
Rabu, 18 Mac 2009
Bara ku~
Pastinya akan ada satu pintu terkunci di depanku,
Mencari di mana kuncinya,
Sambil memikir apa di sebalik pandangan pintu itu,
Cuba bertafsir bersama mereka di sekeliling,
Tapi lidahku kaku untuk memapar kata-kata,
Sambil mata mencari di mana jalannya yang lain,
Sememangnya kadang kala tulangku tidak mampu
memikul segalanya,
Perlu juga aku meringankannya bersama pandangan
yang hampir sama,
Perlu juga aku mendayungkan diriku dan semangatku
ke jalan yang betul,
Garam di mulutku memang tidak terasa masinnya lagi,
Tapi aku tetap ingin cuba menyalakan api bara
di genggaman tanganku ini,
Kerana aku ingin merasakan air mata bersama
kesakitan bara itu,
Yang mana memerlukan percikan dari tangan-tangan
sebadanku ini,
Yang mana hanya mencurahkan air dari dahulu lagi,….
*****
cita-cita untuk dikejar, bukannya dimatikan, bukannya sebagai kata-kata mainan tika kecilku, dan bukannya sebagai penutup hidup,.....
~ anakmanjoi
Sabtu, 7 Mac 2009
cahaya yang tidak putus~
Di dalam hidup aku ini, aku berpegang teguh akan ayat daripada sebuah novel grafik karya kartunis aie. Beliau merupakan idola aku di dalam pembinaan segala karyaku, di dalam segala gerak cara aturan hidupku. “ Aku dan sesuatu”, sebuah novel grafik yang bercerita mengenai kehidupan, bercorakkan kehidupan masa kini dan seringkali menjernihkan minda-minda bagi mereka yang membacanya.
~~~~~~~
‘Engko rasa kita gaduh tak satu hari nanti?’
‘Kepercayaan Bert,… aku percayakan engko. Engko percayakan aku.’
‘macamana kita nak tahu?’
‘ Jaga hak kita, jaga maruah dia.’
‘Boleh control ke?’
‘Buat apa nak tipu diri sendiri? Betul tak?’
‘Kalau yang hipokrit?’
‘Tu jenis tak hormat diri sendiri.’
‘Aku hormat engko pasal engko hormat aku.’
‘Ye ke?’
‘Kita terasa bila dihormati.’
‘Sampai bila?’
‘Selagi kita terus menghormati….’
~ Aku sentiasa mempercayai akan sahabat-sahabatku. Berharap agar mereka pun sebegitu. Semoga pertalian sahabat kita akan berkekalan sehingga hujung hayat kita.
~ ‘Cahaya itu semakin menerangi kehidupan’ ~ anakmanjoi =)
dua dunia, tiada bezanya, indahnya di penghujung jua,..
12 Mac 2009, Keputusan SPM dan STAM bagi tahun 2008. Itulah detik setiap tahun yang sentiasa dipamer di kaca-kaca televisyen.
Terkenang aku di zaman aku dahulu, hanya beberapa ungkapan dariku buat adik-adikku yang berdebar-debar menanti keputusan anda.
Bagi mereka yang tercapai segala hajat mereka di dalam keputusan itu nanti, ucapan tahniah menjadi ucapan pembuka dariku buat anda. Bersyukurlah dan itulah dia jawapan bagi segala penat lelahmu, tika mana kamu menangis di hari dahulu, kini dibalas oleh-Nya akan tangisan kegembiraan buatmu, dan tika itu, sedarilah kamu bahawa tapak perjalananmu itu akan bermula selangkah lagi ke alam dunia luar, yang menanti mu, di mana dirimu berbekal ilmu di dada, menunjuk arah jalananmu di kemudian hari.
Bagi mereka yang tidak mencapai keputusan sepertimana yang diharapkan, jangan dilupa, hidupmu bukan hanya berhenti di sini. Bukanlah penghujungmu di sini. Tika ini, carilah dirimu yang ‘sebenar-benarnya’. Cerminlah akan kelebihanmu, keistimewaanmu yang diberi-Nya kepadamu. Kerna kejayaan diri bukanlah hanya dilihat di dalam satu keadaan sahaja.
~ Selamat berjaya buat adik-adikku, aku sentiasa mendoakan kejayaan hidupmu.
~ tertarik aku akan ucapan akhir ahli kumpulan Sepah ( pemenang Raja Lawak musim-3 ). – “ Mak, Abah, orang(saya) tak dapat nak bagi mak ngan abah segulung ijazah, tapi orang dapat jadi johan hari ni”…….. ayat yang sememangnya mengalirkan air matanya dan membuatku sebak seketika. Itulah lumrahnya kehidupan.
~ ‘Aku tidak bermula dari keselesaan’ ~Anakmanjoi =)
Selasa, 24 Februari 2009
bungkusan jiwa membuka
seringkali bermain di dalam jiwa, dan seringkali berfikir panjang, melihat sesuatu tanpa sedar luarannya, hanya melihat merentasi nya, memikirkan masa yang semakin menghilang, memikirkan kesedihan yang bermain di hati,...
~ beberapa hari ini, aku berasa seperti tidak berapa selesa, fikiran melayang teringatkan akan arwah opah ku, yang telah meninggalkan kami dan dunia ini, dan masa itu telahpun berlalu selama 4 tahun, sedih. memang sebak di dada memikirkannya, tapi, bagi aku yg masih hidup ini, masih ada hidup perlu untuk dijalani, dan mempersiapkan bekal untuk hari esok.
~ Terima kasih pada arwah, kerna selama ini telah menanamkan jiwa di dalam hati kami di dalam senyapmu dan di dalam gerak-gerimu. Al-Fatihah,....
~ anakmanjoi..
Sabtu, 21 Februari 2009
spider-jangan kau berputus asa
hehehee,... saje je ni, teringin mendengar lagu-lagu spider di telinga,... =)
~ anakmanjoi =)
hembusan pelangi
salji berbentuk pelangi,
adakah muncul di kala ini?
mencari tapak yang membawa haba,
untuk bersemadi di dalam jiwa,
biar hilang dalam pandangan mata...
~ anakmanjoi,.. =)
nafas bicara
tika mata melihat melalui sinaran,
dapatkah kita melihat merentas pandangan,
mencari di mana letaknya unggunan,
membakar hati dan jiwa yang membenam,
~ tika berkata, seringkah kita berfikir sebelum memperkatakn segala-galanya,... sebelum terbentuknya buah di dalam ayat-ayat kita, samada manis atau pahitnya itu? menanam benih di dalam ayat, untuk sama membaja di dalam ruang percakapan, yang memberi hasil berbaloi, dan tidak semua inginkan kerosakan di dalam enaknya,...
~ tertarik pada lirik lagu ukays ' - asyiknya kita berpantun bersantun, gurindam di dalam tarian, berumbai kita yang serumpun mengumtum, rindu di gagasan',
terfikir juga, di mana lagi lirik-lirik yang bermain dengan bahasa di masa kini? hilang nya bersama modenasi kehidupan, bermainnya di tepian pantai, menunggu masa untuk dibawa ombak ke tengah lautan,.....
~ tersenyum bersama kehidupan ~ anakmanjoi =)
Selasa, 17 Februari 2009
kembali...
kembali,..
dunia aku seperti berputar ke belakang semula,... ingin mencari 'kehidupan' pura-pura itu semula, yang membuatkan aku khayal dengan segala hal dunia, dengan segala pandangan ku yg gelap kembali menutupi cahaya,... kembali ke zaman penuh dengan onak duri yang menikam itu dirasakan indah di dalam sakitnya, kembali ke zaman bawah tanah ku,...
ini yang kadang-kala membuatkan aku takut untuk berjumpa teman2 lamaku,.....
~ Ya Tuhanku, Lindungilah aku dari segala pengaruh yang jahat itu,... amin,...
*******
~ tertarik dengan lagu 'jumpsuit apparatus - face down ' ,... liriknya memang membukakan mata bagi lelaki yang merasakan diri mereka tinggi,... yang merasakan keegoan mereka satu-satunya kelebihan mereka,...
~ anakmanjoi ~ cahaya mengganti kegelapan ~ =)
Khamis, 5 Februari 2009
Laluan kehidupan ke-dua
Akhirnya puluhan simpang tetap menanti,
Menanti dicabar,
Menanti dilalui,
Diperhatikannya tanpa kata-kata,
Bersama deruan angin tanpa tujuan,
Dicuba melangkah kakinya,
Berlindung bersama doa TuhanNya,
Tangisan diikuti cahaya hidupnya,
Diharap tidak dikaburkan jalannya,
Diharap tidak dihilangkan tuju arahnya,
Tika tersedar dirinya sering melupakanNya,
Tika senang hidupnya,
Tika bersuka ria di lembah cerunam,
Bersama bayang hitam pemakan jiwa,
Terima kasih Tuhanku,
Untuk pinjaman hidupku ini,…
~ hidup kita terkadang di atas, terkadang di bawah, bila tersungkur, baru hendak mula mengangkat kepala sendiri,.... melihat apa di langit, apa di bumi,.... melihat ke hadapan, tanpa berani ingin memerhati ke belakang semula,... itulah kita, manusia, yg masih lemah, tetapi, dikuatkan bersama doa-doa yg dibekalkan untuk kita mula mengorak langkah ke hadapan, di mana bersama rahmat dariNya yang sentiasa dicucuri tanpa kita sedari,..
~ berapa kali kita sering berterima kasih kepadaNya?
~ sekadar peringatan untuk aku sendiri yg sebenarnya, tetapi ingin berkongsi bersama,...
~ anakmanjoi =)
Rabu, 4 Februari 2009
Cahaya di suapan dunia
Sisiran jari menyusun kata,
Menghimpun sejuta bagai bahasa,
Membidas penghalang di hadapan mata,
Mencari senyuman berbentuk cahaya,…
~ terfikir di kala dunia kita yang asyik mementingkan keduniaan, harta, dan pangkat, sehingga ada yang melupakan balasan dosa dan pahala. Terfikir juga manusia yang suka menjatuhkan sesama mereka, hanya untuk mengejar kebahagiaan di dunia yang hanya sementara,...
~ Ketika manusia memerlukan cahaya untuk hidup, masih ramai lebih suka bergelumang di dalam gelita, dan mereka yang berpangkat di dalam kegelapan ini, lebih suka tidak membenarkan mangsa2 ini keluar mencari cahaya,... sedangkan, mereka hanya menyuluh cahaya yang sirna sebagai helah semata-mata,...
~ Aku hanya berfikir,... anak manjoi,.. =)
header anak manjoi 09'
Hanya sekadar hiasan di muka hadapan blog ini,...
~ gambar ~ bangunan berhadapan stesen keretapi ipoh, perak. tak ingat akan namanya, tapi, terlalu banyak sejarah di baliknya... apa sejarahnya? hehhh,... cuba la cari sendiri dahulu,.. =)
~ anakmanjoi
Sabtu, 24 Januari 2009
hidup kamu dan hidup aku..
dah lama aku tidak mengemas-kini blog ni,... semenjak bermulanya tahun baru 2009, yang membuka tirainya dengan berbagai cerita yang mengejutkan, yang seringkali membuatku terpinga-pinga melihat dunia kita yang hanya sementara ini, ....
serangan mengenai israel di Gaza, dan memboikot barangan 'mereka'... banyaknya pendapat yang keluar dari mulut-mulut manusia ketika ini, yang kebanyakannya dari mereka yang berfikiran 'ke hadapan' kiranya, memikirkan bagaimana ingin merubah segala corak pemikiran manusia untuk berfikir sama seperti mereka. ingin merubah cetusan akal fikiran agar sama bertindak seperti mereka.
Maaf, aku bukannya ingin mencemuh segala pemikiran anda semua. Manusia masih tetap mempunyai cara pemikiran tersendiri, walaupun kadang-kadang mengikuti prinsip mereka-mereka yang lain ( ya, itu juga salah satu cara pemikiran, jangan hanya menyalahkan orang lain. daripada itulah, barulah mereka cuba membina hidup dan prinsip mereka yang tersendiri. jangan membenci mereka yang cuba mengikuti cara orang lain..) tetapi, jangan kita lupa, bahawa antara prinsip dan 'kehidupan', kadang-kala membuatkan kita memilih untuk lebih ke arah cara 'kehidupan'.
Manusia bukan semuanya berada di dalam zon yang selesa. kenapa kadang-kala, mereka yang di atas seringkali melupakan mereka yang sentiasa di 'bawah'. mereka lupakah bahawa hidup mereka ini selalunya amat payah?
aku amat membenci mereka mencemuh 'mereka-mereka yang di bawah' ini pabila kadang-kala 'terpaksa' membeli barangan dari hasil tangan manusia laknat di israel. mereka kadang-kala 'bermuka' dengan mereka yang terpaksa ini.... Lupakah mereka bahawa hidup ini ada atas dan bawahnya? ada bezanya hidup di langit dan hidupnya di bumi?
tapi, Alhamdulillah, aku masih berada di dalam keadaan yang sederhana, yang membolehkan aku berhenti daripada menyokong barangan-barangan dari mereka yang dilaknat ini, (yang aku masih lagi mencuba sebaik-mungkin, jika itu yang boleh aku lakukan untuk membantu,... selain daripada sisipan doa untuk saudara-saudaraku seagamaku ini) , tapi, buka lah pemikiran kita, bukannya semua manusia berada di dalam 'keadaan' yang serupa...
~ hanya luahan hati apabila aku seringkali berbicara bersama-sama rakanku, yang kebanyakannya meng'ambil hati' dari tindak-tanduk sesetengah manusia, ( bukannya semua... aku percaya masih ada yang memerhati dan memahami..) Kita semua mempunyai pendapat sendiri, dan pemikiran tersendiri, dan ini hanyalah pandanganku. Mungkin kerna aku bukannya bermula dengan 'selesa', tapi aku masih cuba mengerti nikmatnya 'pengakhiran'......
~ maaf, dan aku juga bukannya seorang yang warak, cuma aku masih mencuba untuk memperbaiki kehidupanku ini,...
~ anakmanjoi =)